Tuesday, July 31, 2012

Temurapat PRU PKR: PKR Kalah Sebelum Berkempen?



Parti PKR tegar sekali menggunakan nama ‘rakyat’ dalam setiap aktiviti dan kempen mereka.   Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama ‘rakyat’ akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah ‘demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar’.

Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Centre untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13.   Antaranya:

1.      Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

2.      Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru

3.      Demi Rakyat, Demi Masa Depan

Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan ‘rakyat’, maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu ‘Demi Rakyat, Demi Masa Depan’ yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN.  Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan.

Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN.   Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad.

Kecuali isu ‘peluang pekerjaan terhad’, kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh PKR.  Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka.  Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk.

Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, PKR secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.

Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, PKR telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sukar.  Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.  

Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya PKR menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia.  Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya.

Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini.  Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala PKR hanya mampu berjanji.

Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwistandard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.

Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis.  Mana tidaknya, jika Ketua Umum PKR itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu ‘perintis’ gejala rasuah di dalam politik.  Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit.  Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar.

Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari ‘nobody’ menjadi ‘somebody’ dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu.   Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti.  Jika ini bukan rasuah, apa namanya?

Serangan PKR terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus.

Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang PKR akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka.

Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui PKR atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan.  Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan ‘keberanian’ sahaja.

Jika inilah saja strategi PKR untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang PKR sudah kalah sebelum berkempen.

Monday, July 30, 2012

PANAS: PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada



Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.  

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.  Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas.  Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN.   Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Kolej TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.   PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.  

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat ‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu.  Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu.   Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’.  Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu.   Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini.  Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi.  Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan  hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1.      ‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2.      ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3.      ‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.  

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian.   Dengan itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU ini.  

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka.  Kewujudan beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.

Saturday, July 28, 2012

HRW Mengecam Anwar: Anwar Cuba Membaharui Imej Islamnya



Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual adalah tepat.  Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual, Anwar menjawab, “ya”.  “Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual.”

Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson, menuduh Anwar bermain politik dengan kepentingan awam.  “Anwar adalah salah secara asasnya apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi golongan homoseksual.”

Respon Human Rights Watch’s (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik.  Tetapi sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar, kekal menjadi tandatanya.

Phil Robertson juga tidak mengenepikan ide ini dan berkata, “Walaupun ini adalah strategi yang baik untuk mendapat undi di beberapa bahagian di Malaysia, kenyataannya adalah memalukan dan bertentangan dengan prinsip tiada diskriminasi di dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”

Walaubagaimanapun, ramai rakyat Malaysia bersetuju bahawa Anwar hanya memancing undi bila berkata beliau bersetuju untuk mendiskriminasi golongan seperti dirinya (homoseksual), tetapi sama ada ‘tuannya’ di barat, termasuk Phil Robertson sendiri bermain permainan yang sama dengan mengecam dan menghentam Anwar semata-mata untuk memastikan Anwar dapat meraih undi orang Islam dalam PRU yang akan datang, tidak dapat dipastikan.

Laman anwaraidc mendedahkan bahawa Phil Robertson diketahui mempunyai hubungan rapat dengan PKR melalui peguam-peguam hak asasinya, seperti, Surendran, Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa.  Yang paling akrab dengannya ialah Fadiah di mana dikatakan mampu menimbulkan kesangsian orang yang melihat.

Tempat mesyuarat yang digemari oleh para peguam ini ialah di Bangsar Village.  Phil telah mengunjungi Ibu Pejabat PKR beberapa kali mengadakan bengkel dan latihan tentang bagaimana untuk menggunakan isu hak asasi untuk menundukkan kerajaan.

Phil juga lantang dalam isu ISA di Malaysia yang mana dijuarai oleh SUARAM.  Seperti juga Phil, SUARAM juga begitu sibuk memburukkan imej kerajaan Malaysia terutamanya dalam isu pembelian kapal selam scorpene.

Justeru, kita tidak mungkin tersilap jika mengandaikan bahawa HRW, PKR, SUARAM semuanya bekerja sebagai satu pasukan.

Pasukan ini tentunya telah menyedari bahawa mereka berada di pihak yang kalah bila Anwar menerima tamparan hebat kerana menyatakan pendirian yang kabur dalam isu homoseksual apabila disoal media sejurus selepas dibebaskan dari kes liwatnya.   Ini, ditambah dengan siri-siri pembohongan SUARAM yang terkantoi menyebabkan PKR/PR ketandusan isu.  Maka Anwar perlu mencari cara lain bagi menguatkan kedudukannya di mata rakyat, terutamanya, di kalangan majorti Melayu Islam.

Kenyataan yang kabur mengenai hak homoseksual sebelum ini ternyata memakan diri.  Apa lagi dengan kenyataan tidak popularnya di Wall Street Journal mengenai melindungi hak Zionis di Palestin.  Ramai penyokong Islam meninggalkan Anwar sejurus selepas kedua isu ini berbangkit.

Dengan sikap sesumpahnya yang semakin menyerlah, Anwar perlu memilih hanya satu karaktor atau imej sahaja untuk menghadapi PRU.  Nampaknya, beliau memilih untuk menunjukkan yang beliau masih seorang Muslim sejati yang menolak dengan tegasnya agama baru yang dipromosi barat, iaitu Hak Asasi.  Sebagai seorang Muslim yang baik, beliau tidak mungkin akan menimbangkan langsung hak homoseksual, lesbian atau transeksual.

Beliau juga harus meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak menerima sokongan barat seperti yang didakwa oleh musuhnya.  Beliau wajib memadamkan imej ‘boneka barat’ yang telah tertepek di mukanya.  Jadi, kita mungkin akan mendengar lebih banyak kutukan yang dilemparkan oleh pihak barat terhadapnya selepas ini.

Jangan terkejut jika dalam masa beberapa hari lagi, kita mungkin akan mendengar Anwar menolak dan mengutuk liberalisme dan pluralisme agama walaupun kita tahu yang beliau hidup berdasarkan prinsip kedua-duanya.

Justeru, untuk semua rakyat Malaysia, penulis hanya mampu berpesan:  bersedialah untuk menyaksikan Anwar yang baru walaupun penulis tidak dapat menjanjikan tempoh beliau akan membawa watak baru ini.

Friday, July 27, 2012

Rakyat Terus Utuh Bersama PM, Sokongan Cina Menunjukkan Peningkatan



Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, tika itu suasana politik negara masih lagi hangat manakala sokongan masyarakat kepada parti memerintah masih berada ditahap rendah.

Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.

Dilihat seimbas lalu, situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dulu.

Saat itu juga, kerajaan yang memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei.

Dengan hubungan kaum yang agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu, sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali.

Namun, syukurlah berkat kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar, tabah dan gigih berusaha menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya.

Seperti mengulangi sejarah lampau, Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa.

Hasil kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah.

Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan. Dengan sokongan rakyat yang semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik oleh pihak UUM dan MPN.

Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42% juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Walaupun mungkin ada sedikit sebanyak khilaf dari segi ketepatannya, setiap kajian ini menggunakan sampel dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang sama - rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin dengan BN.

Justeru itu, sekiranya mood dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi, tidak mustahil tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat di tukar halanya untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.

Wednesday, July 25, 2012

Fobia Dengan Tema Hari Merdeka, PR ‘Ugut’ Kerajaan



Fobia Pakatan Rakyat (PR) terhadap slogan ‘Janji DiTepati’ nampaknya benar-benar kronik.  PR bersungguh-sungguh cuba memastikan agar slogan tersebut tidak kekal dijadikan tema Hari Kemerdekaan.  Alasan mereka bahawa ia tidak memberi gambaran terbaik berkenaan semangat kemerdekaan.

Untuk itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi tujuh hari kepada kerajaan agar menukar tema kepada yang lebih inklusif atau PR akan mencadangkan tema lain.  Nasib baik jugalah beliau tidak mengugut untuk berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai lagi.

Mustafa Ali juga mengakui bahawa ‘bila orang tengok saja tema ‘Janji Ditepati’ ini, mereka akan terus ingat kepada BN’.

Justeru, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau cuba mencadangkan agar tema ditukar kepada ‘Janji Bukan Untuk diTepati’ supaya mengingatkan rakyat kepada PR?

Pun begitu, siapakah Mustafa Ali untuk memberi kata dua kepada kerajaan?  Siapakah PAS untuk mencadangkan tema lain untuk Hari Kebangsaan?  Sedangkan di dalam PR sendiri pun PAS hanya melukut di tepi gantang. Apakah hak Mustafa Ali atau PAS untuk menukar dan menggunapakai tema lain sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan?  

Lagipun, apa yang PAS faham dengan kemerdekaan?  Bukankah PAS bersekongkol dengan DAP, adik beradik PAP yang selamanya memendam cita-cita untuk ‘menjajah’ Malaysia?  Bukankah PAS bersekongkol dengan PKR yang menjadi talibarut Yahudi Zionis dan menerima dana dari mereka? Bukankah persekongkolan PAS dengan mereka menunjukkan yang PAS tidak menghargai kemerdekaan?

Ini semua adalah bukti bahawa PAS langsung tidak mempunyai semangat kemerdekaan tetapi entah kenapa tiba-tiba terasa panas pula dengan tema ‘Janji DiTepati’ ini.  Kata orang, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya, bukankah begitu?

Sebelum ini, sebuah stesyen TV pernah mengadakan kajiselidik berkenaan tema Hari Kebangsaan di kalangan orang-orang muda, dan hasilnya mendapati ramai yang langsung tidak tahu menahu mengenainya.   Jelas, tema adalah soal kecil sebelum ini yang tidak mendapat perhatian sesiapa tetapi menjadi begitu besar hari ini kerana PAS memperbesarkannya.

Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan, Mustafa Ali seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa PR adalah parti yang tidak menepati janji.

Jika inilah masalahnya, maka yang perlu diubah bukanlah tema Hari Kebangsaan, tetapi sikap PR itu sendiri.  Siapa suruh tidak tepati janji?  Takkanlah kerana PR tak mampu tepati janji maka BN pula yang salah dan tema Hari Kebangsaan perlu diubah?

Orang yang tidak menunaikan janji adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

Oleh itu, ‘janji’ wajar dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu ‘tanggungjawab’ atau ‘amanah’.   Sikap bertanggungjawab dan beramanah inilah yang memastikan kemerdekaan negara ini berkekalan.

Maka jelaslah bahawa tema ‘Janji DiTepati’ adalah inklusif dan padat bagi menggambarkan Malaysia hari ini yang kekal merdeka, makmur, aman dan maju kerana komitmen kerajaan dan rakyat untuk berpegang pada janji.

Mungkin ini terlalu pahit untuk ditelan oleh Mustafa Ali, tetapi ini adalah hakikat dan orang yang jujur tidak akan punya masalah untuk menerima hakikat ini.