Tuesday, December 25, 2012

Kenapa Amanat Hadi Awang 1981 salah (utusan)




PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.

C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas!

Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981.

Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekalian.

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku.

Inilah teks apa yang dikenali sebagai Amanat Hadi Awang 1981. Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

Amanat Hadi Awang 1981 ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan. Ahli UMNO dikafirkan. Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid.

Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam. Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula. Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO. Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau. Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO. Bercerai suami isteri. Berpecah kaum keluarga. Berpisah anak beranak. Hancur rosak perpaduan kampung dan negara.

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan. Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 November 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh Pas. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah.

Apakah yang mendorong Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis dan membunuh empat anggota polis. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Akidah dengan mereka.

Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, dalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid. Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini di hadapan Allah nanti?

Persoalannya, apakah yang mendorong Abdul Hadi membuat Amanat 1981 tersebut?

Saya yakin Abdul Hadi berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan di negara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliah, penjajah dan kafir.

Kerana apa? Kerana kononnya tidak meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ia Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak al-Quran dan hadis. Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas dan takzir tidak dilaksanakan.

Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam. Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar Pas.

Persoalannya, betulkah dakwaan itu? Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan Abdul Hadi sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk Pilihan Raya ke-11: Formula Kemenangan.

Ucapan sepanjang 13 muka surat itu dibuat sewaktu beliau memangku jawatan Presiden Pas selepas kematian Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, Abdul Hadi juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10. Pas memenangi DUN Terengganu dalam pilihan raya itu selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama dengan DAP.

Dalam menuju PRU-11 (2004 apabila Kerajaan Pas Terengganu tumbang), Pas mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.

Maka Pas membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada.

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai kafir, jahiliyah, berbaur penjajah, yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan.

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan.

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain. Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Abdul Hadi wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?

Kita tidak perlu pergi jauh. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pelaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (nauzubillah) memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia (nauzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut. Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR. Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan.

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981. Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu.

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar. Kesilapan yang mencetuskan krisis akidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhuwah umat Melayu-Islam. Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan.

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:

1. Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK. Mesir negara Islam. Indonesia negara Islam. Turki negara Islam.

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu saya menegaskan bahawa Abdul Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:

1. Wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pas, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia.

2. Abdul Hadi wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis akidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius. Ramai yang telah terpesong akibatnya. Abdul Hadi wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu.

3. Abdul Hadi wajib meminta maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub Pas, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai-berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang diaibkan dan dimalukan; pendek kata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981.

4. Setelah itu, Abdul Hadi wajib mengadakan roadshow dan ceramah besar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar Pas yang rosak akibat amanat itu

Friday, December 21, 2012

Amanat Haji Hadi sedang memakan diri...(Utusan)




BUKU bertajuk Kafirkah Aku karya C.J Al Afghani seorang aktivis Pas menarik minat banyak pihak. Ia mengingatkan kita kembali mengenai perbuatan Haji Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO dan membawa perpecahan yang parah di kalangan umat Melayu.

Ia berlaku pada tahun 1982, di Ulu Peradung, Terengganu sewaktu Revolusi Iran berada di puncaknya. Haji Hadi amat tertarik dengan kejayaan Revolusi Iran dan Pas kelihatan amat radikal pada waktu itu.

Pada tahun 1982 juga Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan ia memberi kesan kepada Pas. Haji Hadi suatu ketika dulu pernah menjadi Yang Dipertua ABIM Terengganu di zaman Anwar menjadi Presiden ABIM, mungkin dia berasa amat kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Anwar.

Apakah ini menjadi antara sebab Haji Hadi menjadi lebih radikal kerana sebahagian orang ABIM yang mendukung Pas menganggap keputusan Anwar menyertai UMNO tidak syarie kerana ia tidak dibincangkan dalam syura.

Keradikalan Haji Hadi dan populariti yang ada padanya menyebabkan dia tergamak mengambil pendekatan hitam-putih dalam memperjuangkan "politik Islam" sehingga mengkafirkan UMNO.

Akibatnya perpecahan yang serius berlaku di kalangan umat Melayu kerana dalam kalangan yang taksub dan tegar dengan sikap radikal ini memilih jalan takfir untuk mencapai cita-cita politik dan "Negara Islam".

Pulau-memulau, solat dua imam, enggan memakan daging sembelihan orang UMNO, nikah dua kali, perkuburan yang tidak sama dan banyak lagi yang terjadi membayangkan sikap politik orang Pas yang terlalu 'tajam' terhadap orang UMNO.

Sebagai manusia Muslim, orang UMNO seperti juga orang Pas mempunyai kelemahan di samping kekuatan. Orang UMNO beriman kepada Allah, melakukan solat seperti orang Pas juga. Apakah layak mereka dituduh kafir semata-mata berbeza faham politik?

Mengkafirkan pihak lain semata-mata berbeza faham politik adalah sesuatu yang tidak syarie. Al-Quran secara jelas memberikan batas iman dan kufur serta menuntut kebijaksanaan dalam dakwah dan tarbiyah untuk disampaikan peringatan kepada mad'u atau sasaran.

Malah hadis Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya jangan mengkafirkan orang lain, bimbang kekafiran itu akan kembali kepada diri kita sendiri.

Ternyata Haji Hadi mengkafirkan UMNO kerana lonjakan nafsul amarah yang tinggi, dendam kesumat yang mendalam dan mencetuskan rasa kebencian yang berlarutan terhadap musuh politiknya yang beragama Islam.

Suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh Haji Hadi, UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan Malaysia sekian lama tidak menolak Islam.

Walaupun UMNO dan Barisan Nasional yang memerintah kerajaan ada kelemahannya tetapi kekuatan UMNO dengan agenda Islamnya dalam kerajaan tidak boleh dinafikan.

UMNO dan kerajaan tidak sekadar menjadikan Islam sebagai sumber retorik atau Islam sebagai agama rohaniah yang sempit. Kerajaan di bawah kepimpinan UMNO menghasilkan program Islam yang bercorak institusi dan lembaga yang mengembangkan pendidikan Islam hingga ke universiti, program patuh syariah dalam perbankan, takaful, suku', wakaf, industri halal dan banyak lagi.

Zaman UMNO memerintah kerajaan juga Tabung Haji dibangunkan, kebebasan melakukan dakwah dan tarbiyah terjadi, TV Hijrah dan Radio IKIM dibangunkan.

Apakah dengan agenda Islam yang banyak dilakukan oleh UMNO dan kerajaan ini layak Haji Hadi menuduh UMNO kafir sedangkan faedah daripada agenda ini dirasakan sama oleh orang Pas.

Tidak ada pula orang Pas yang menolak sistem perbankan Islam, khidmat Tabung Haji, menonton TV Hijrah dan mendengar siaran radio IKIM di samping terus menerima bantuan biasiswa untuk anak-anak mereka belajar di dalam dan luar negara.

Logiknya kalau UMNO adalah kafir, produk kerajaan dukungan UMNO yang banyak membela orang Islam sepatutnya juga dianggap produk kafir. Orang Pas juga memanfaatkan kemudahan ini.

Salah satu faktor yang menyebabkan Haji Hadi mengafirkan UMNO ialah kerana berkawan dengan orang kafir dalam pemerintahan.

Apa beza dengan Pas sekarang berkawan dengan DAP yang cauvinis. Tidak pula Haji Hadi mengatakan perbuatan itu kafir. Apakah kenyataan Haji Hadi dengan amanatnya pada tahun 1982 sedang memakan diri.

Wednesday, December 19, 2012

Zairil Khir Johari Sekadar Umpan DAP Untuk Menipu Orang Melayu




Kegagalan semua 8 orang ahli DAP Melayu dalam pemilihan parti semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-16 pada 15 Disember 2012 yang lalu lebih daripada mencukupi untuk membuktikan sememangnya parti cauvinis Cina itu agak terlalu tebal semangat perkaumannya.

Perlantikan dua orang 'pemimpin Melayu' bagi mengisi jawatan lantikan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) mudah untuk difahami ramai yang tujuannya sekadar pelengkap kepada sandiwara politik sahaja untuk mengabui mata khalayak ramai.

Dr Ariffin SM Omar misalnya, walaupun pernah menjadi pensyarah di beberapa universti namun pendirian liberalnya yang condong kepada gerakan hak kebebasan ala Barat langsung tidak layak digelar sebagai pemimpin Melayu yang dekat dengan naluri orang Melayu Islam.

Orang Melayu liberal yang bebas fikirannya dan tak memperdulikan sangat soal pantang larang agama dan kepentingan bangsa sepertinya merupakan calon yang serasi dengan kehendak DAP untuk menonjolkan imej parti itu yang kononnya multiracial dan tidak rasis.

Manakala latar belakang Zairil Khir Johari yang dikatakan anak kepada bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Mohamed Khir Johari (Pak Khir) dilihat oleh DAP sebagai satu 'kekuatan' tambahan yang diyakini mampu menarik perhatian ramai orang Melayu untuk menyokong parti itu.

Sebetulnya, kehadiran Zairil bukannya menambah kekuatan sebaliknya lebih menimbulkan prasangka ramai lebih-lebih lagi sejarah hidupnya yang kabur.

Sebagaimana kita tahu, isteri pertama Allahyarhan Pak Khir ialah Puan Sri Kalsom Abdul Rahman ataupun lebih dikenali sebagai Che Tom yang dikahwini sejak tahun 1943. Hasil perkongsian hidup mereka berdua suami isteri lahirlah 7 orang anak.

Selepas pemergian Che Tom mengadap Ilahi pada September 1994, beberapa ketika kemudiannya Pak Khir mengahwini seorang wanita Cina bernama Cristine Lim Abdullah pada 1995 ataupun 1996.

Ketika Zairil dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Februari 2011 umurnya sudah mencecah 28 tahun. Bermakna semasa Zairil kalah di pemilihan DAP pada 15 Disember 2012 yang lepas usianya kini 29 tahun.

Congak matematik yang mudah, sepatutnya jika benar Zairil adalah anak kandung Pak Khir sepatutnya sekarang Zairil baru berusia 16 atau 17 tahun sahaja. Betul tak?

Zairil sebenarnya adalah anak kandung Christine Lim Abdullah hasil perkongsian hidup dengan seorang lelaki Cina dari Singapura. Christine dan anak-anaknya termasuk Zairil kemudiannya memeluk Islam untuk membolehkannya berkahwin dengan Pak Khir.

Justeru itu, status Zairil di sisi Pak Khir hanyalah sekadar anak tiri dan tujuannya menumpang nama bekas Setiausaha Agung UMNO itu dan dikenali sebagai 'Zairil Khir Johari' hanyalah satu bentuk propaganda sahaja.

Bak kata pepatah, sambil menyelam sambil minum air. Sambil memperalatkan nama Khir Johari untuk mencapai kepentingan diri sambil memanfaatkannya sebagai umpan dalam membantu DAP untuk menipu orang Melayu Islam.

Tuesday, December 18, 2012

Senarai CEC DAP: Demokrasi Ala Malaysian-Malaysia




Konvensyen Kebangsaan DAP dikritik hebat apabila tiada seorang pun pemimpin Melayu, termasuk yang telah berjuang lebih tiga dekad bersama parti itu mendapat tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).   DAP yang mendabik dada sebagai parti berbagai kaum dan memperjuangkan ‘persamaan total’ dilihat bercakap tidak serupa bikin sekali gus membuktikan bahawa mereka adalah rasis tulen.

DAP bagaimanapun, cuba membela diri dengan berkata bahawa keputusan pemilihan itu adalah demokratik dan perlu diterima dengan baik oleh semua pihak serta bertegas bahawa DAP bukan parti rasis kerana menerima ahli dari berbagai kaum.  Malah, puak penyokong PAS dan PKR juga turut membela DAP dengan menuduh BN lebih rasis kerana membahagikan kaum mengikut parti komponen.

Nampaknya, puak-puak PR ini gagal memahami perkara asas ideologi politik kesemua parti-parti di Malaysia, termasuk parti mereka sendiri.  UMNO, MCA dan MIC adalah parti berbeza, namun bernaung di bawah satu payung sahaja iaitu Barisan Nasional.  Ketiga-tiga parti ini bergerak sebagai satu, dibawah kepimpinan yang sama dan berpegang kepada cita-cita yang sama yang berakar umbi dari persefahaman  dan tolak ansur antara kaum yang dicapai ketika Merdeka.

Sedangkan, Parti DAP menolak konsep tolak ansur itu, serta menolak perlembagaan di mana mereka berjuang untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Sekular serta menghapuskan hak istimewa bumiputera iaitu dua perkara penting bagi Melayu Islam.   Semua ini digarap dalam satu konsep yang dipanggil Malaysian-Malaysia.  Kononnya, melalui cara ini maka rakyat Malaysia akan benar-benar bersatu dan mampu menerima kaum bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.

Sekali imbas, cita-cita itu dilihat begitu murni sekali.  Tetapi jika dikaji dan diteliti serta dilihat pula dari rekod perlakuan, percakapan dan perjuangan DAP, ternyata apa yang mereka perjuangkan bukanlah Malaysian-Malaysia iaitu sebuah negara yang berpegang kepada konsep samarata bagi semua tetapi untuk kaum Cina berkuasa dan mendominasi ekonomi serta politik negara secara mutlak.

Kedegilan mereka memisahkan semua kaum melalui sekolah-sekolah vernakular, keengganan  memartabatkan Bahasa Kebangsaan, menolak pemakaian adat di Dewan Undangan Negeri kerana berunsur Melayu Islam malah keberatan mengiktiraf Raja-raja Melayu membuktikan niat sebenar mereka.

Semua ini diperjuangkan melalui NGO-NGO serta boleh dilihat jelas dari sikap dan cakap-cakap di laman-laman sosial ahli-ahli atau penyokong mereka.  Walaupun DAP terus menafikan semua ini atau menuduh media memutar belit dan memfitnah mereka, tetapi pemikiran chauvinis, rasis dan kiasu DAP kini terlalu jelas terbukti dalam pemerintahan mereka di Pulau Pinang.

Sejarah 13 Mei menyerlahkan hati-budi sebenar DAP terhadap Melayu.  Laungan menghina dan menghalau Melayu, ingin merampas Tanah Melayu, ingin membunuh Melayu, semuanya terakam kemas dalam sejarah negara yang kini cuba sedaya upaya dipadam oleh DAP.

Justeru, persoalan ‘DAP membenci Melayu’ bukanlah satu tuduhan yang sukar dibuktikan.  Apa yang sukar dan belum dapat dibuktikan ialah penafian mereka mengenai sebaliknya – iaitu DAP adalah parti untuk semua kaum yang benar-benar menjunjung konsep kesamarataan total serta tidak berpegang kepada sifat kiasu, chauvinis dan rasis kaum Cina.

Penafian dan penafian semata-mata konon DAP bukan rasis tidak akan membawa makna selagi pemikiran chauvinis, kiasu dan rasis terus mengikat sebahagian besar bangsa Cina di negara ini.   Demokrasi ala Malaysian-Malaysia DAP yang dilaungkan Guan Eng juga tidak bermakna selagi parti itu sendiri dikuasai oleh anak-beranak, adik beradik dan sahabat handai bagai sebuah Dinasti dalam pemerintahan kuku besi.

Kerana itu, bagi mana-mana Melayu untuk terus duduk melukut, menyorong-nyorong pipi dan menjilat-jilat kaki DAP walaupun DAP langsung tidak memandang mereka dengan sebelah mata, adalah satu tragedi keatas individu itu sendiri

Monday, December 17, 2012

Kongres DAP: Melayu Sudah, Kini India Pula Akan Diserang



Sejak ditubuhkan pada tahun 1966, DAP tidak pernah berubah. DAP hanyalah sebuah parti untuk kaum Cina walaupun mereka tinggal di negara berbilang kaum dan walaupun rakyat mempunyai hak mereka tersendiri. Jadi, DAP dikenali sebagai parti yang sering mengamalkan semangat perkauman yang tinggi sejak ditubuhkan. Beberapa pemimpin Melayu dan India yang diberikan jawatan tinggi di parti tersebut masih tidak dapat menutup semangat perkauman dalam DAP.
Mengamalkan semangat perkauman adalah satu perkara. Namun, semangat kiasu mereka adalah sesuatu yang lebih jahat. Sebagai parti kiasu, DAP hanya menerima dan tidak pernah memberi, DAP tidak pernah tahu akan nilai 'tolak ansur'.
Keadaan ini boleh dilihat apabila DAP bergabung bersama PAS dan PKR. DAP sering meletakkan parti mereka di atas parti-parti komponen lain, di atas bangsa-bangsa lain.
Apabila DAP mengambil alih Pulau Pinang, niat mereka untuk mengubah negeri tersebut kepada ‘mini-Singapura' di mana kaum Cina mendominasi negeri tersebut. Pulau Pinang adalah antara contoh yang terbaik untuk menunjukkan bagaimana keadaan negeri yang dikuasai oleh DAP di mana kaum Cina diberikan kelebihan berbanding dengan kaum-kaum lain. Apabila sebuah perkampungan Cina dilanda masalah berkaitan dengan projek pembinaan, penduduk kampung tersebut akan diberikan khidmat peguam secara percuma dan mereka akan diberikan pampasan yang baik. Namun, Kampung Buah Pala, sebuah perkampungan India, tidak mendapat layanan yang sama walaupun janji telah dibuat oleh kerajaan PR-DAP untuk menyelamatkan perkampungan tersebut. Apa yang sebenarnya terjadi adalah, kampung tersebut telah dimusnahkan begitu sahaja. Perkara yang sama juga terjadi kepada gerai-gerai milik peniaga Melayu dan India kerana dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Namun, gerai-gerai milik peniaga Cina yng menyebabkan kesesakan yang lebih teruk, tidak terjejas langsung.
Selangor adalah satu lagi contoh sikap diktator DAP, dimana PAS dan PKR perlu akur dengan perkara yang DAP rasakan baik. Mana-mana perkara yang dirasakan akan memberikan ancaman kepada DAP akan dihapuskan seperti apa yang dilalui oleh Datuk Dr. Hassan Ali. Kelantan dan Kedah juga terpaksa akur dengan DAP di mana rakyat boleh melihat pengaruh DAP yang kuat pada exco-exco negeri walaupun negeri-negeri tersebut mempunyai majoriti kaum Melayu. Segala peraturan negeri hanya boleh diluluskan oleh DAP.
Dengan Karpal sebagai simbol 'kuasa' kaum India dalam DAP, ramai kaum India yang merasakan bahawa DAP tidaklah se-'racist' seperti yang dikatakan ramai. Tetapi, percaya atau tidak, walaupun DAP tidak membenci kaum India seperti mana mereka bencikan kaum melayu, mereka masih rasakan bahawa kaum India hanyalah hamba kepada mereka. Itu lah sebab mengapa hanya terdapat seorang wakil India bagi ahli jawatankuasa Pulau Pinang - hanya untuk mengaburi mata rakyat daripada menganggap bahawa DAP adalah racist.
Persepsi DAP terhadap kaum India dapat dilihat dari kenyataan yang diberikan oleh Ngeh di Perak dimana Ngeh bergurau dengan kulit Datuk Zambry yang agak gelap. Ngeh juga menyatakan dalam akaun Twitter miliknya bahawa kaum India bodoh dan kemudiannya menyuruh Pengerusi Hindraf Makkal Sakthi, P Waythamoorthy terhadap rancangannya untuk menamakan calon-calon di bawah DAP bagi PRU-13.
Dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif DAP (CEC) baru-baru ini juga menunjukkan kita bagaimana persepsi DAP terhadap kaum India. Hanya empat wakil India di CEC, tidak termasuk keluarga Singh King - dua daripada mereka dilantik, bukan diundi.
Jadi, apakah yang akan terjadi kepada kaum India jika PR, atau DAP, mengambil alih negara?
DAP telah memberitahu kaum Melayu supaya kembali ke hutan, dan mereka masih lagi memberikan mesej yang sama, hanya dengan cara yang berbeza. Jadi, jika kaum Melayu juga dihalau ke hutan walaupun negara ini adalah tanah mereka sendiri, apa yang akan terjadi kepada kaum India?
Adakah 'keluarga Singh' tersebut akan berjuang untuk nasib kaum India? Mungkin, tetapi hanya setelah mereka dapat menguasai beberapa jawatan penting dalam parti tersebut.