Wednesday, December 8, 2010

Menyambut Kedatangan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7/12/2010





Majlis Dialog Bersama YB Dato Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Pada 7 November 2010 telah diadakan satu Majlis Dialog UMNO Bahagian Langkawi bersama YB Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua di Hotel Helang yang dihadiri oleh Ajk UMNO Bahagian, AJK Pemuda, Puteri dan Putera UMNO Bahagian Langkawi.

YB Dato Seri banyak menceritakan tentang politik semasa dan halatuju kerajaan dalam mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Perhimpunan Mempertahankan Ketuanan Melayu


Pada 4 November 2010, Pemuda UMNO Langkawi telah menganjurkan satu Perhimpunan Mempertahankan Ketuanan Melayu di Kompleks Pekan Rabu, Kuah yang dihadiri lebih kurang 500 orang yang berjiwa Melayu.

Thursday, November 11, 2010

Lagu Anak Kecil Main Api

Lagu UMNO

Lagu Ikrar Pemuda

MB Kedah Marah Wartawan RTM

MB Kedah Marah Wartawan

Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Langkawi

Bertaubatlah Anwar, Umur Dah Masuk Zon Maut – Zulkifli



KUALA LUMPUR, 11 Nov – “Bagi saya dah tiba masanya Anwar Ibrahim tengok cermin, nilai balik diri, muhasabah…..masa ada lagi….yang nabi sebut umur 63 ni umur dah masuk zon maut…..elok dia muhasabah….dan saya akan pergi jauh lagi supaya dia lebih bertaubat”.

Demikian pandangan bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bekas peguam, Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Zulkifli Nordin kepada UMNO-Online sebagai mengulas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim bahawa segala permasalahan yang timbul dalam PKR dan kekalutan pada pemilihan parti yang menyaksikan pelbagai aktiviti penyelewengan serta penipuan berleluasa adalah manifestasi kelemahan Anwar.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu seterusnya berkata Anwar sebenarnya bukan sahaja sudah menjadi penyakit dan punca masalah kepada PKR malah menjadi liabiliti  pada negara. Justeru beliau menasihatkan Anwar agar menerima secara terbuka nasihat bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar Anwar bersara dan beri peluang kepada pemimpin lain.

“Kita bukan tak nak pembangkang tapi pembangkang yang sihat supaya dapat mengimbangi pemerintah.  Kita tak mahu pembangkang yang menjurus kepada hal diri dia saja.

“Bukti jelas baru-baru ini di Dewan Rakyat semasa bahas usul YB Ipoh Timur berkenaan peguam negara, Anwar bangun….dia cakap pasal diri dia, dia tak sentuh pasal parti dia, pasal negara, masalah rakyat, dia sebut pasal peribadi dia saja”, katanya.

Oleh kerana itu tambah beliau lagi seperti yang disarankan Datuk Zaid Ibrahim bahawa Anwar perlu berundur dan selesaikan dulu masalah peribadinya. Mengenai masa depan PKR pula beliau berpendapat PKR hanya menunggu masa untuk berkubur.

“PKR ni bukan parti pembangkang tapi parti Anwar Ibrahim…itu rakyat kena faham.  Perjuangan PKR hanya untuk Anwar Ibrahim…. kalau perjuangannya cara sihat kita boleh terima.

“Masalahnya kaedah yang digunakan dua sahaja…berbohong dan cakap tak serupa bikin…semata-mata untuk mahkotakan Anwar Ibrahim ke Putrajaya…itu yang jadi masalah”, ujarnya.  -MediaUMNO

Jadikan kemenangan Galas, Batu Sapi titik kebangkitan BN - TPM

KOTA KINABALU 11 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dijadikan titik permulaan bagi menyemarakkan kebangkitan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Untuk itu, tegas Timbalan Perdana Menteri, setiap parti komponen BN perlu memperkukuhkan parti masing-masing selain memastikan permuafakatan di antara parti terus terpelihara.

''BN kini sudah kembali tetapi dengan cabaran berbeza. Kita perlu bersedia berdepan dengan corak baru pemikiran dan harapan masyarakat hari ini.

''Jika tidak, tidak mungkin mereka (rakyat) akan menyokong kita, jika kita tidak membawa perubahan," katanya ketika merasmikan Persidangan Tahunan Perwakilan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hongkod Koisan, Penampang di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kemenangan besar BN di Batu Sapi dan Galas menunjukkan keyakinan rakyat semakin bertambah kepada gabungan parti kerajaan itu. Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua ahli BN supaya tidak leka dan mendabik dada dengan kejayaan tersebut.

''Kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi memperkuatkan parti kerana jika kita kuat, musuh kita akan gentar dan lari.

''Lihat parti pembangkang, kini cacamarba. PKR (Parti Keadilan Rakyat) kini 'parti kian runtuh' tetapi BN semakin kuat hasil usaha dan permuafakatan semua pihak," ujarnya.

Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra Bersama YB Khairy Jamaludin

Majlis minum petang dan ramah mesra bersama YB Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Hotel Helang pada 6 November 2010. Majlis disertai oleh AJK Pemuda UMNO Langkawi, AJK Putera UMNO Langkawi, Ketua-ketua Zon dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan sekitar Langkawi.