Saturday, May 12, 2012
Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-66
Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 disambut dengan begitu bersemangat dan meriah hari ini. Stadium Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 penuh sesak sehingga tidak cukup tempat duduk. Tidak salah jika dikatakan bahawa sambutan ini adalah yang paling bersemangat dan hebat sejak berakhirnya era pemerintahan Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Petikan lirik lagu UMNO iaitu, ‘UMNO terus mara’ adalah tepat untuk menggambarkan perjuangan parti yang banyak berjasa ini. Walaupun dicabar, ditentang dan diasak dari luar, dari dalam dan sejak dahulu sehingga sekarang, UMNO kekal tegak berdiri memikul amanah agama, bangsa dan negara.
Jika pembangkang masih enggan mengakui akan kekuatan UMNO, maka mereka harus berfikir sekali lagi selepas menyaksikan perhimpunan raksaksa ini.
Tetapi, kita yakin bahawa pembangkang sebenarnya cukup maklum akan kekuatan UMNO dan kerana itulah mereka perlu mengadakan BERSIH, perlu mempersoalkan sistem pilihanraya, perlu menggembar-gemburkan kisah pengundi hantu dan sebagainya untuk dijadikan alasan apabila kalah dalam pilihanraya nanti.
Kerana itulah juga mereka tidak jemu-jemu berusaha menjatuhkan UMNO melalui jalan belakang bagi mengelak dari melalui pilihanraya.
Begitu jelas sekali bahawa sokongan terhadap pembangkagn tidaklah sekuat laungan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kerajaan. Malah, perhimpunan BERSIH 3.0 yang ditaja oleh zionis, di mana peserta-peserta diberi bayaran juga hanya mampu mengumpul lebih kurang 25,000 orang sahaja. Itupun setelah dicampur dengan kumpulan penentang Lynas dan penyokong LGBT yang menyasarkan musuh yang sama iaitu UMNO.
Justeru, di manakah yang dikatakan kekuatan pembangkang? Di dalam laman sosial di internet sajakah? Kenapakah penyokong-penyokong tegar di internet itu tidak mampu dikumpulkan secara tersusun untuk turun berdemonstrasi ketika BERSIH 3.0? Apakah mereka tidak cukup bersemangat? Atau tidak cukup keyakinan? Atau pengecut? Atau bayaran yang diberi oleh pihak pembangkang/BERSIH terlalu rendah?
Jawapannya ialah kerana penyokong mereka tidak seramai mana. Segelintir yang ada itu pula pondan-pondan, pengecut dan pak-pak turut belaka - konon ingin berjuang tetapi terhegeh-hegeh meminta simpati apabila cedera. Kerana itulah BERSIH 3.0 gagal dan kerana itulah juga pembangkang bakal kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.
Walaubagaimanapun, kita wajar mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana kita percaya, semangat yang memuncak dan kesedaran yang meningkat di kalangan golongan atas pagar yang diterjemah dalam sambutan ulang tahun UMNO hari ini adalah sedikit sebanyak berpunca dari sikap dan kelemahan pembangkang sendiri, terutamanya dalam penganjuran BERSIH 3.0.
Sesungguhnya, sifat pembangkang yang sentiasa bergelumang dengan skandal dan suka melakukan kerosakan, memudahkan kerja UMNO. Jika pembangkang perlu melakukan penipuan dan memfitnah seperti memalsukan gambar dan mereka-reka cerita tentang keburukan pemimpin UMNO, UMNO pula tidak perlu berbuat begitu. UMNO hanya perlu tunggu dan lihat sahaja bagaimana pembangkang ‘membunuh’ diri mereka sendiri secara perlahan-lahan.
Itulah bezanya parti yang berjasa dengan parti yang hanya tahu bercakap. Manusia yang banyak bercakap selalunya akan lebih banyak berbuat silap. Begitu jugalah dengan pembangkang yang saban hari kerjanya adalah bercakap, berkempen dan berceramah. Semakin lama semakin banyak yang mereka tersasul dan semakin teruk mereka merapu.
UMNO pula tidak perlu bercakap banyak dan hanya bercakap bila perlu. Selebihnya UMNO bekerja untuk rakyat dan untuk negara.
Hari ini, kita bertuah dapat menyaksikan UMNO bangkit kembali dari kecederaan dan terus mara menuju pilihanraya demi agama, bangsa dan negara! Hidup UMNO! Hidup Melayu! Allah selamatkan Malaysia!
Wednesday, May 9, 2012
BERSIH 3.0 USAHA TERAKHIR PEMBANGKANG SEBELUM TERKUBUR
Rakyat semakin hari semakin marah kepada penganjur Bersih 3.0 dan pihak pembangkang yang berperanan menyebabkan rusuhan di Kuala Lumpur pada perhimpunan 28 April lalu.
Walaupun mereka cuba membersihkan diri mereka daripada sebarang ketanggungjawaban terhadap kecederaan yang dialami oleh anggota keselamatan, petugas media serta orang awam dan kerosakan kenderaan polis, namun paparan video menerusi media arus perdana telah berjaya mendedahkan peranan mereka yang sebenar.
Dalam hal ini DAP cuba mengalihkan punca sebenar rusuhan semasa perhimpunan itu kepada pihak kerajaan.
Dikatanya antara faktor rusuhan dan kekecohan pada hari itu disebabkan tindakan kerajaan mengarahkan supaya stesen-stesen LRT ditutup kepada penumpang.
Ianya dilakukan atas dasar keselamatan kerana tidak mahu orang ramai menyerbu stesen-stesen LRT ang berhampiran dengan kawasan perhimpuran untuk menghindarkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Yang peliknya sehingga kini DAP mahupun PKR dan PAS tidak perniah mahu memberi jawapan kepada rakyat mengapa mereka tidak mahu menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan tersebut diadakan di Stadium Merdeka.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata faktor penolakan inilah yang menjadi punca utama kepada rusuhan yang berlaku.
Pembangkang sengaja menolak menganjurkan perhimpunan itu di stadium kerana mereka sudah merancang dari awal untuk mencetuskan keganasan jalanan.
Jika ini berlaku maka berjayalah agenda mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia di mata masyarakat dunia seolah-olah tidak ada amalan demokrasi di negara ini.
Inilah tujuan sebenar mereka apatah lagi dengan kehadiran ratusan petugas media dari dalam dan luar negara, pembangkang semenangnya merancang untuk mengeksploitasi situasi tersebut.
Tambahan pula tindakan pembangkang membawa sekumpulan'pemantau' dari negara luar adalah sebahagian daripada rancangan jahat mereka.
Dengan rusuhan yang didalangi pembangkang berlaku di jalanraya-jalanraya Kuala Lumpur serta liputan agensi antarabangsa yang disiarkan di seluruh dunia, mereka bertujuan untuk menumbangkan kerajaan pada hari ini.
Lebih-lebih lagi kumpulan 'pemantau' yang dibiayai sepenuhnya oleh pembangkang akan mengeluarkan kenyataan dan laporan berunsur negatif mengikut selera dan agenda tersembunyi untuk mengutuk kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.
PKR, PAS dan DAP adalah tiga serangkai pakatan jahat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara sah melalui proses pilihanraya yang sah, telus dan adil.
Pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim kini kecewa kerana mengetahui rakyat tidak lagi menerima budaya politik berasaskan fitnah dan tohmahan yang di bawa oleh mereka.
Apabila melihat strategi ini tidak boleh mempengaruhi minda rakyat, Anwar merancang pula melalui pendekatan demonstrasi dan perhimpunan haram yang didorong ke arah rusuhan dan keganasan.
Metod ini tidak berubah dengan cara Anwar mengeksploitasi isu kemiskinan di daerah Baling, Kedah pada awal tahun 1970an dahulu dengan mengapi-apikan pelajar universiti dan penduduk tempatan mengadakan demonstrasi.
Kalau ketika itu beliau cuba menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, kini Anwar sekali lagi membuat onar mahu menumbangkan pimpinan Datuk Seri Najib.
Apapun yang usaha yang dilakukan oleh Anwar dan gerombolan pembangkang yang diterajui untuk meraih simpati dan undi rakyat pada pilihanraya umum nanti tidak akan memberi apa-apa kesan lagi.
Tembelang mereka sudah pecah dan pembohongan pembangkang sudah nyata.
Bersih 3.0 adalah tanda jelas saat mereka dikuburkan sudah amat hampir.
ends.
Masalah Kewangan KUIN: Kerajaan Kedah Patut Bayar Yuran Tambahan
Jangankan satu negera, satu negeri juga tak mampu ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Jangankan memberi pendidikan percuma kepada semua, satu kolej pun tidak mampu dijaga.
Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah tidak habis-habis dilanda masalah apabila kepimpinan negeri bertukar tangan. Kolej itu sebelum ini menjadi kontroversi apabila pelajarnya mengadakan demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan Kolej Kediaman Ar-Razi.
Dan rupanya, bukan sekadar masalah pentadbiran, KUIN juga menghadapi masalah kewangan sehingga memaksa kolej tersebut membekukan perkhidmatan bayaran rawatan kakitangan KUIN kepada klinik panelnya. Menurut sumber, tunggakan hutang kepada klinik tersebut telah mencecah RM60,000.
Selain itu, KUIN juga mempunyai hutang mencecah ratusan juta ringgit membabitkan pinjaman dengan Bank Islam dan juga berhadapan dengan saman sebuah syarikat yang menuntut bayaran bagi menyediakan 300 katil untuk penginapan pelajar.
Semua masalah ini dikatakan berpunca dari pengurusan yang lemah yang gagal menyediakan belanjawan yang realistik di mana ada di kalangan pensyarah yang menerima gaji setinggi RM35,000.
Itu hanya antara yang kelemahan yang berjaya dihidu oleh orang luar. Siapa tahu entah apa lagi masalah dalaman yang kelihatan remeh tetapi membawa kepada impak yang besar.
Kerajaan Negeri Kedah bagaimanapun terus menafikan bahawa KUIN menghadapi masalah. Ini bukan mengejutkan kerana kerajaan negeri Kedah, atau PR khasnya tidak pernah mengakui apa-apa kelemahan atau keburukan mereka walaupun ia begitu nyata.
Jika benar bahawa tiada masalah di KUIN, Dato’ Seri Azizan Razak seharusnya menjelaskan secara terperinci dan bukan hanya membuat penafian ‘atas angin’ sahaja. Kita sudah muak mendengar penafian dan alasan bahawa semuanya berpunca dari kerajaan terdahulu.
Masa depan pelajar-pelajar KUIN tidak wajar dipolitikkan. Kerajaan Kedah harus lebih bertanggungjawab mengakui kelemahan dan bertindak pantas untuk mengatasinya.
Menurut maklumbalas dari KUIN sendiri, Kolej itu adalah antara IPTS yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan IPTS lain. Yuran pelajar diploma hanya RM48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah pula RM60 satu jam kredit. Sedangkan IPTS lain ada yang meletakkan harga sehingga RM250 untuk satu jam kredit.
Ini dikatakan antara sebab kenapa KUIN mengalami masalah kewangan yang teruk. Oleh yang demikian, kita menyarankan kepada kerajaan negeri Kedah agar membantu membayar yuran tambahan bagi pihak pelajar bagi mengatasi masalah kewangan KUIN. Tindakan ini juga akan dilihat sebagai langkah awal ke arah merealisasikan aspirasi PR untuk menyediakan pendidikan percuma. Selain itu, tindakan ini juga adalah selaras dengan perjuangan Negara Kebajikan PAS.
Friday, April 27, 2012
50,000 Mahasiswa Akan Menyertai Demonstrasi BERSIH 3.0 Atau... Hanya 500 Sahaja?
Hebat bunyinya apabila mahasiswa pro pembangkang mengwar-warkan keyakinan mereka untuk membawa turun seramai 50,000 mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0.
Bab propaganda dan memperbesarkan angka dan nombor sukar untuk kita tandingi 'kehebatannya' kerana itu yang dipelajari dari pemimpin pembangkang yang mereka puja.
Walau sekalipun propaganda tersebut nampak sangat mengarutnya, tapi kita perlu menerima hakikat tetap ada yang mempercayainya.
Demikian halnya bila pembangkang menghebahkan khabar kononnya 500,000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan perhimpunan BERSIH 3.0 pun, tetap ada yang teruja.
Walhal dari aspek keluasan persegi Dataran Merdeka hanya mengizinkan maksima sekitar 25,000 sahaja boleh berhimpit-himpit pada satu-satu masa, tapi tetap jua angka 500 ribu juga yang di propagandakan, logik atau mengarut suku kira.
Masih ingat demonstrasi anti PTPTN dua minggu sudah? Seluruh jagat alam digegarkan dengan berita 5,000 mahasiswa akan membanjiri Dataran Merdeka sebagai bantahan terhadap jasa khidmat PTPTN.
Realitinya apa yang berlaku? Hanya sekitar 200 hingga 300 orang mahasiswa saja yang turun berdemo itupun termasuklah 'pelajar-pelajar' tua yang datang entah dari mana tapi turut menempel dalam demonstrasi tersebut.
Mahasiswa yang terlibat dalam demo tersebut pula hanyalah segelintir yakni 0.0001% daripada jumlah ratusan ribu pelajar IPTA & IPTS. Dengan kata lain segelintir itu sebetulnya tidak layak dipanggil mahasiswa sebaliknya lebih tepat digelar sebagai mahasewel.
Apapun, melihat pada trend dan mood masyarakat umum tika ini, rata-ratanya sudah letih dengan pelbagai rantaian propaganda tak berkesudahan yang di hebohkan pembangkang sejak pasca PRU 12 lepas hingga kini.
Baik mahasewel pembangkang mahupun pemimpin politiknya, masing-masing sedang hanyut dalam imaginasi dan persepsi ciptaan mereka sendiri.
Dek kerana itu, tidaklah menghairankan bilamana mereka hanya pandai memperbesarkan angka dan nombor hingga lupa hakikat sebenar yang mereka hanyalah vocal minoriti sahaja.
Thursday, April 26, 2012
BERSIH Hasut Media Asing Burukkan Malaysia
Persiapan hebat sedang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengganas dan menghuru-harakan negara dalam ‘Demonstrasi Duduk Bantah’ BERSIH 3.0 atau lebih tepat dipanggil ‘Demonstrasi Berarak Ganas’ kerana mereka dikhabarkan akan berarak, berlari, mengganas dan mencabar pihak berkuasa dari beberapa penjuru KL sebelum duduk.
Antara persiapan penting puak-puak pengkhianat dan balaci CIA ini ialah memberi taklimat awal kepada wartawan-wartawan asing agar bersedia mengambil gambar mereka dalam keadaan paling teruk untuk menggambarkan penganiayaan polis terhadap mereka. Ini penting bagi mereka kerana dalam setiap demonstrasi yang dilakukan oleh pihak mereka sama ada atas nama BERSIH, PTPTN, 901, Reformasi, Himpunan Hijau atau apa saja sukar sekali mendapat gambar sehebat demonstrasi-demonstrasi di negara lain di mana polis betul-betul membantai dan membelasah para peserta. Ini kerana di Malaysia, polis tidak akan berkeras selagi tidak dalam keadaan terpaksa atau terdesak.
Bersih 2.0 telah membuktikan bagaimana pendemonstrasi dilayan dengan lembut di mana mereka yang ditangkap diberi makan dan ‘tempat berehat’ yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat.
Malah, kerana tiada keganasan polislah maka salah seorang peserta demonstrasi BERSIH 2.0 terpaksa berlakon mati dengan kamera sedia merakam lalu disebarkan di internet sebagai usaha memburukkan kerajaan.
Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin BERSIH 3.0 akan memastikan keadaan menjadi benar-benar genting. Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan negara kerana pilihanraya semakin hampir. Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas.
Antara perancangan mereka ialah menyamar sebagai polis untuk membelasah peserta yang sudah tentunya tidak diberitahu tentang perancangan sebenarnya. Siapa yang bakal dikorbankan atau terkorban tidaklah diketahui.
Yang pastinya, mereka akan memastikan sudut terbaik bagi para wartawan asing untuk merakamkan setiap adegan ganas tersebut lalu menyebarkannya kepada dunia. Apabila ini berlaku, dunia akan mengutuk Malaysia dan membuka ruang bagi barat untuk masuk campur dalam urusan negara atas nama hak asasi manusia.
Ini adalah taktik biasa CIA di bawah pertubuhan NED yang menjadi dalang menjatuhkan kerajaan yang sah di seluruh dunia. Buku ‘Inside the Company: CIA Diary’ yang ditulis oleh bekas pegawai CIA Phil Agee menghuraikan modus operandi CIA dalam usaha meletakkan pemimpin boneka di negara-negara di mana Amerika ingin menguasai. Cara mereka tidak pernah berubah iaitu mewujudkan organisasi-organisasi untuk kononnya memantau pilihanraya negara-negara tersebut di mana di masa yang sama membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan kerajaan.
Seterusnya, mereka juga meletakkan ‘warna-warna’ tertentu seperti merah di Thailand, dan kuning di Malaysia sebagai melambangkan sokongan atau tentangan terhadap kerajaan bagi mewujudkan ‘volume’. Ke semua usaha ini kemudiannya diarahkan kepada satu tujuan semata-mata iaitu demonstrasi jalanan yang membawa kepada huru-hara dan keganasan sehingga akhirnya kerajaan digulingkan.
Phil Agee mengakui mereka melakukan yang sama di Filipina melalui satu badan yang dipanggil National Association for Free Election (NAMFREL) (menyerupai BERSIH) dengan menggunapakai slogan kuasa rakyat (menyerupai Pakatan Rakyat). Mereka juga membuat banyak percubaan untuk mengambil alih Panama melalui Civic Crusade tetapi tidak begitu berjaya. Namun mereka berjaya di semua negara lain antaranya, Bulgaria yang mana juga menggunakan para pelajar universiti agar turun ke jalanan berdemonstrasi, dan Albania, Chile, Brazil serta banyak lagi.
Kita juga tahu bahawa mereka juga berada di belakang kejatuhan Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain.
Kesemua ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa bantuan media. Dan tidak hairanlah BERSIH di Malaysia ini juga berusaha memastikan media asing memainkan peranan yang sama untuk membantu memusnahkan negara ini.
Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai maklumat yang terbentang di hadapan mata. Rakyat boleh membantu kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan menjauhkan diri dari BERSIH. Kuasa rakyat itu benar, kerana itu gunakanlah kuasa minda kita untuk memilih yang terbaik untuk diri, bangsa, agama dan negara. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan mainan politik musuh-musuh Islam.
Monday, April 23, 2012
3 Tahun Tiada Peluang Kerja Baru Kini 550 Bakal Kehilangan Kerja di Kedah
Kulim Hi-Tech Park pernah dianggap sebagai lubuk emas bagi Negeri Kedah. Kulim Technology Park Corporation (KTPC) iaitu syarikat yang menguruskan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) adalah anak syarikat kerajaan negeri yang paling berjaya sehingga menempa nama di peringkat dunia sebagai antara taman teknologi tinggi yang berprestij.
Antara pengiktirafan yang pernah diterima oleh KHTP ialah ‘Asia’s Top Business, Industrial & Technology Park’, ‘Top Asian High Technology Park’ dan ‘Fiabci (Malaysia) Property Award’. Bagaimanapun, ‘zaman kegemilangan’ KHTP berakhir apabila PAS menguasai negeri Kedah selepas pilihanraya 2008 dan menukar pengurusan yang berpengalaman dan banyak berjasa.
Alasan PAS ialah pihak pengurusan KHTP sebelum ini ‘kurang bersih’. Akibatnya, imej KHTP merudum hampir serta merta.
Lebih buruk, bekas Ketua Eksekutif KHTP yang dipinggirkan oleh PAS, kini berkhidmat dengan Senai Hi-Tech Park di negeri Johor. Maka, pengalaman dan kebolehan beliau yang sepatutnya dimanfaatkan oleh kerajaan negeri Kedah, kini menjadi aset penting yang aktif membawa masuk pelaburan ke Johor.
Penduduk Kulim sudah sedia maklum tentang bagaimana Pejabat KTPC kini menjadi tempat usrah dan tazkirah serta penyebaran ‘agama’ PAS. Seolah-olah usrah dan tazkirah sudah cukup untuk membawa syurga walaupun mengabaikan tanggungjawab terhadap syarikat dan tidak bekerja dengan berdedikasi sesuai dengan gaji yang diterima.
Khabarnya juga, mesyuarat-mesyuarat dalaman yang dipengerusikan oleh Presiden baru KHTP selalunya meleret-leret dengan perbincangan yang tidak penting atau gurauan mengenai wanita dan berkahwin dua semata-mata. Begitu rendah sekali corak pemikiran pengurusan baru KHTP sehinggakan ramai dari pegawai-pegawai lama meletakkan jawatan kerana tidak dapat menyesuaikan diri bekerja dalam suasana kampungan dan tidak professional.
Maka tidak hairanlah apabila tiada lagi pelaburan baru masuk selepas First Solar Energy dari Amerika pada Julai 2008 dengan pelaburan berjumlah RM2 billion. Walaupun pengurusan baru PAS KHTP cuba bermegah konon mereka yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan tersebut, namun, bagi mereka yang arif tentang Pelaburan Langsung Asing (FDI) pasti tahu bahawa sesuatu keputusan untuk membuat pelaburan tidak dibuat dalam masa satu dua minggu atau lima enam bulan.
Proses membawa masuk FDI bermula dari promosi sehingga ke perbincangan dan kemudiannya tawar menawar sehinggalah kepada menandatangai perjanjian, pecah tanah dan perlaksanaan, selalunya mengambil masa bertahun-tahun.
Maka, jelaslah, pelaburan First Solar juga adalah sebenarnya jasa peninggalan pengurusan lama, dan bukannya pengurusan baru PAS. Oleh itu, apa yang pasti selama 3 tahun lebih memerintah, kerajaan PAS tidak mampu membawa masuk walau satu pun pelaburan baru.
Namun begitu, pengurusan baru PAS di KHTP telah membelanjakan sehingga tiga kali ganda dari jumlah yang biasa digunakan oleh pengurusan terdahulu dalam mempromosi KHTP di luar negara. Mana tidaknya, jika hampir setiap bulan ada saja beberapa orang dari pihak pengurusan yang ke luar negara konon mempromosi KHTP tetapi sehingga kini masih tiada hasilnya.
Sedangkan ketika di bawah pengurusan lama, perjalanan keluar negara hanya dibuat 2 atau paling banyak 3 kali dalam setahun. Itupun selalunya diadakan secara bersama dengan pihak MIDA dan kerajaan pusat bagi menjamin keberkesanan promosi dalam setiap perjalanan yang dibuat.
Pendirian pengurusan lama ialah, tidak guna hanya berjumpa dan berbincang dengan satu dua syarikat di luar negara dan membelanjakan puluhan dan ratusan ribu ringgit untuk satu-satu perjalanan hanya untuk mempromosi tanpa sesuatu harapan pasti jauh sekali jaminan yang ia akan membuahkan hasil.
Setelah gagal menyediakan peluang kerja baru kepada penduduk Kulim, khasnya dan Kedah amnya, dan setelah meleburkan berjuta-juta ringgit untuk kos promosi yang tiada hasilnya, kerajaan PAS Kedah kini menerima satu lagi tamparan apabila First Solar Energy mengumumkan pengstrukturan semula syarikat dan akan ‘melepaskan’ seramai 2,000 orang pekerjanya di seluruh dunia termasuk 550 orang di KHTP.
Jika dahulu, mungkin pekerja-pekerja ini tidak perlu begitu risau kerana pasti ada kilang-kilang baru atau kilang sedia ada yang menambah pelaburan dan bilangan pekerja di sekitar KHTP dan Kulim. Tetapi, di bawah pemerintahan PAS, masa depan mereka nampaknya agak gelap.
Dengan kepimpinan negeri Kedah yang sibuk keluar masuk hospital di samping sibuk menangani politik dalaman parti, rakyat Kedah kini telah benar-benar terabai. Tidak mustahil kepimpinan Kedah langsung tidak tahu menahu tentang pengumuman pengstrukturan oleh First Solar dan tidak memahami apa kena mengenanya syarikat itu dengan rakyat negerinya. Mungkinkah 550 orang tersebut perlu berhijrah ke negeri-negeri pimpinan BN untuk mencari kerja?
Walaubagaimanapun, rakyat kedah sepatutnya merasa lega kerana pilihanraya semakin hampir kerana ia juga bermakna Kedah boleh kembali ‘sedar dari koma’. Itupun jika rakyat Kedah bijak membuat pilihan dalam pilihanraya.
Friday, April 20, 2012
Minimum 10 Hari Untuk Berkempen Bagi PRU-13
Pilihanraya Umum ke-13 kali ini akan
menyaksikan tempoh masa kempen selama 10 hari minimum, akses penuh bagi
media kepada semua parti-parti politik dan undi pos untuk media, pekerja
pilihanraya dan juga rakyat yang berada di luar negara, menurut
Suruhanjaya Pilihanraya.
Panel SPR, yang ditemui kelmarin, telah bersetuju untuk melaksanakan
kesemua cadangan yang dibuat, juga termasuk 22 cadangan lain yang
diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan akan perkara tersebut dalam satu kenyataan.
Suruhanjaya tersebut telah melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa itu di dalam laporan mereka.
Berkenaan dengan cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas
Parlimen, tujuh daripada panel yang terlibat telah bersetuju untuk
melaksanakan kajian terhadap perlaksanaan cadangan tersebut.
"SPR kini sedang bertungkus-lumus dalam menyelesaikan pelbagai masalah
yang berkaitan dengan PRU. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan
kualiti proses pilihanraya selaras dengan rangka kerja undang-undang dan
keupayaan kami untuk melaksanakannya, " kata beliau.
Bagi tempoh untuk berkempen, Abdul Aziz berkata bahawa SPR akan
menentukan perihal tersebut dalam satu mesyuarat khas setelah Parlimen
dibubarkan dan juha tarikh-tarikh penting bagi PRU-13.
SPR juga telah bersetuju untuk mengambil beberapa langkah penting supaya
setiap parti dan calon boleh mendapat akses yang adil kepada media.
"Untuk perkara ini, kami akan mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua
parti bagi membingcangkan akan hal ini," tambah beliau.
SPR juga telah bersetuju untuk menambah jumlah kemudahan undi pos untuk
digunakan oleh rakyat yang berada di luar negara. "Cara ini adalah cara
yang paling sesuai. Setiap undi yang dibuat akan dihantar ke
pegawai-pegawai negeri bagi mereka yang sudah mendaftar sebagai
pengundi,"
Bagi media pula, SPR menyatakan bahawa mereka perlu memohon untuk undi
melalui pos kepada pegawai di kawasan masing-masing dan permohonan
mereka perlulah disahkan oleh majikan mereka.
Bagi pekerja pilihanraya pula, suruhanjaya tersebut berkata bahawa
mana-mana pegawai pilihanraya yang bertugas semasa hari pengundian
dijalankan, mereka boleh membuat undi secara pos.
Bagaimanapun, SPR akan memberi lebih perhatian bagi mereka yang bertugas
di kawasan pengundian. "Pengundi-pengundi ini akan membuat undian
mereka di tempat kerja," kata beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)






