Friday, March 30, 2012

‘Tragedi luar biasa’ jika sokong, undi Ketua Pembangkang


PASIR MAS 30 Mac – Rakyat Malaysia akan berhadapan dengan ‘tragedi luar biasa’ sekiranya mereka menyokong dan mengundi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia berikutan isu moral yang semakin banyak dihadapi pemimpin pembangkang tersebut dan didedahkan sendiri oleh bekas pengikut setianya termasuk Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan.

Menurutnya, tuduhan itu pula bukan dibuat secara membuta-tuli, sebaliknya ia berdasarkan bukti yang ada dan pengalaman mereka sendiri ketika bekerja dengan Anwar dalam tempoh yang lama.

“Maknanya, sebagai rakyat kita kena hitung isu moral yang dihadapi pemimpin ini kerana ia didedahkan bekas rakannya sendiri yang menyokong perjuangan beliau selama ini.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

No comments:

Post a Comment