Pilihanraya Umum ke-13 kali ini akan
menyaksikan tempoh masa kempen selama 10 hari minimum, akses penuh bagi
media kepada semua parti-parti politik dan undi pos untuk media, pekerja
pilihanraya dan juga rakyat yang berada di luar negara, menurut
Suruhanjaya Pilihanraya.
Panel SPR, yang ditemui kelmarin, telah bersetuju untuk melaksanakan
kesemua cadangan yang dibuat, juga termasuk 22 cadangan lain yang
diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan akan perkara tersebut dalam satu kenyataan.
Suruhanjaya tersebut telah melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa itu di dalam laporan mereka.
Berkenaan dengan cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas
Parlimen, tujuh daripada panel yang terlibat telah bersetuju untuk
melaksanakan kajian terhadap perlaksanaan cadangan tersebut.
"SPR kini sedang bertungkus-lumus dalam menyelesaikan pelbagai masalah
yang berkaitan dengan PRU. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan
kualiti proses pilihanraya selaras dengan rangka kerja undang-undang dan
keupayaan kami untuk melaksanakannya, " kata beliau.
Bagi tempoh untuk berkempen, Abdul Aziz berkata bahawa SPR akan
menentukan perihal tersebut dalam satu mesyuarat khas setelah Parlimen
dibubarkan dan juha tarikh-tarikh penting bagi PRU-13.
SPR juga telah bersetuju untuk mengambil beberapa langkah penting supaya
setiap parti dan calon boleh mendapat akses yang adil kepada media.
"Untuk perkara ini, kami akan mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua
parti bagi membingcangkan akan hal ini," tambah beliau.
SPR juga telah bersetuju untuk menambah jumlah kemudahan undi pos untuk
digunakan oleh rakyat yang berada di luar negara. "Cara ini adalah cara
yang paling sesuai. Setiap undi yang dibuat akan dihantar ke
pegawai-pegawai negeri bagi mereka yang sudah mendaftar sebagai
pengundi,"
Bagi media pula, SPR menyatakan bahawa mereka perlu memohon untuk undi
melalui pos kepada pegawai di kawasan masing-masing dan permohonan
mereka perlulah disahkan oleh majikan mereka.
Bagi pekerja pilihanraya pula, suruhanjaya tersebut berkata bahawa
mana-mana pegawai pilihanraya yang bertugas semasa hari pengundian
dijalankan, mereka boleh membuat undi secara pos.
Bagaimanapun, SPR akan memberi lebih perhatian bagi mereka yang bertugas
di kawasan pengundian. "Pengundi-pengundi ini akan membuat undian
mereka di tempat kerja," kata beliau.
No comments:
Post a Comment