Pembangkang di Selangor melenting dan menjadi tidak tentu arah apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengarah PTPTN membekukan pinjaman pendidikan bagi pelajar Unisel.
Tanpa mengkaji terlebih dahulu bahawa tindakan itu adalah bersifat
sementara kerana PTPTN mahu melihat samada Pakatan Rakyat Selangor
benar-benar serius mahu membela nasib pelajar di bawah universiti milik
kerajaan negeri atau ianya sekadar retorik politik kosong mereka sahaja.
Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, kerajaan mahu melihat sejauh mana kebenaran janji Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu memberi pendidikan percuma kepada
pelajar pusat pengajian tinggi dengan menghapuskan pinjaman PTPTN.
Bukan sesekali niat kerajaan untuk memperjudikan masa depan generasi muda terutamanya anak-anak bangsa Melayu sendiri.
Sejak
merdeka sampai sekarang, tidak ada kerajaan yang memperkasakan
pendidikan di negara ini terutamanya menaikkan martabat bangsa Melayu
kecuali Barisan Nasional.
Ini hakikat yang amat pahit untuk diterima pembangkang.
Begitulah
sifat pembangkang yang ingin menjadi Mat Jenin - berjanji bulan dan
bintang kepada rakyat, tetapi apabila mereka disedarkan dari alam mimpi
kepada dunia realiti barulah mengerti betapa sukarnya untuk mengotakan
janji-janji yang mereka tabur.
Inilah hasil budaya fitnah yang diamalkan oleh Anwar selama kerjaya politiknya.'
Kalau
dahulu ia di tahan di bawah ISA pada awal 1970an kerana menghasut
rakyat Baling bangkit menentang kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak
Hussein atas isu kemiskinan, kini Anwar mahu mmebuat onar yang sama
dalam isu PTPTN.
Begitu juga Anwar membuat kacau bilau pada tahun
1998 apabila dipecat daripada jawatannya kerana jenayah liwat dan
salahguna kuasa dengan menghasut rakyat melakukan demonstrasi jalanan.
Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Anwar
sememangnya tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap bangsa
Melayu.
Yang beliau pentingkan ialah bagaimana
hendak menjadi Perdana Menteri dan untuk itu dia sanggup memperkudakan
bangsa Melayu untuk mencapai cita-citanya.
Anwar tidak peduli samada nasib pelajar-pelajar
Melayu terbela atau tidak apabila beliau mengapi-apikan supaya pelajar
yang menerima pinjaman PTPTN tidak membayar pinjaman mereka.
Alasan yang diberikan ialah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada
pilihan raya umum akan datang, dan tidak perlu lagi pinjaman tersebut
dibayar mulai sekarang kerana ia akan dimansuhkan juga.
Beginilah niat jahat Anwar yang menjanjikan sesuatu yang belum dan tidak
akan berlaku dengan mengeksploitasi minda generasi muda melalui janji
kosongnya.
Seperti biasa, PAS pula mengambil kesempatan untuk mengatakan kerajaan berlaku zalim kerana menindas pelajar Melayu.
Mungkin PAS yang hanya pandai berceramah di
kampung-kampung boleh berikan bukti kepada rakyat satu universiti yang
berjaya di binanya selama 20 tahun ia memerintah Kelantan.
Bak kata orang, satu tiang bangunan pun PAS tidak mampu tegakkan apatah lagi sebuah gedung!
Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahu
menunjukkan hero dengan berkata sebahagian aset Unisel akan dijual untuk
menampung keperluan pendidikan pelajar universiti tersebut.
Dengan sendirinya Khalid telah membuka pekungnya kepada rakyat bahawa
kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk
membiayai pendidikan pelajar universiit miliknya sendiri.
Apa perlu Selangor menjual aset Unisel jika benarlah dakwaan kerajaan
negeri mempunyai rizab tunai lebih RM1 bilion yang amat dibanggakan itu?
Apa logiknya jika Selangor sudah kaya dengan simpanan tunai tetapi terpaksa juga menjual harta sendiri apabila keadaan terdesak?
Tidak lain tidak bukan dakwaan rizab yang besar
hanyalah satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat sebagaimana juga
janji-janji kosong mereka yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.
Dalam erti kata lain Selangor di bawah pembangkang sudah hampir bankrap
dan ini dibuktikan dengan tindakannya mahu menjual aset-aset bernilai
yang dimiliki Unisel.
Isu PTPTN telah memakan
diri pembangkang sendiri dan mendedahkan tembelang Anwar dan Pakatan
Rakyat yang suka berbohong kepada rakyat dan membuat janji manis.
Pembangkang boleh membuat timbunan janji dan mimpi manis tetapi hanya BN sahaja yang mampu mengotakan apa sahaja
yang dijanjikan kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment