Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri
masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan
semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.
Namun, suasana dan semangat yang sama
ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan
menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang
murni itu.
Di
kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan
dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh
dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.
Menggunakan nama ‘Janji Demokrasi’
mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali
gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga
tidak beradab dan tidak bermaruah.
Nampaknya demokrasi bagi PR ialah
kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya
seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan
membuat aksi ‘membuang’ ke atas gambar Perdana Menteri.
Demokrasi bagi mereka juga ialah
menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk
benderanya.
Dari rakaman gambar dan video yang
bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja
dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan
mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka
menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa
yang hinanya adalah mereka sendiri.
Hanya orang yang paling bodoh sahaja
yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya
maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara
berdaulat.
Apapun, kita tidak hairan melihat
jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru
sikap pemimpin mereka.
Kita telah sedia maklum bahawa kurang
ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah
atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan
Rakyat.
Di
mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi
seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan
parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat
ketenangan dan keharmoniannya.
Keadaan yang aman ternyata
menggusarkan mereka.
Kerosakan dan kemusnahan adalah
matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan
pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin
mencetus keadaan yang sama di Malaysia.
Tindakan membawa bendera yang bukan
bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari
segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan
bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai
cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan
Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah
mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan
dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.
Ia
juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan
Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.
Selain itu, ia menonjolkan
kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada
golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi
di dalam negara.
Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji
Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya,
mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari
Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti
Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk
berkiblatkan kedua negara tersebut.
Benar, himpunan mereka semalam tidak
boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal.
Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman
dan minda generasi kita di masa depan.
Justeru, kepada peserta Janji
Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia,
Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah
bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat
Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH
sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam,
berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.
Anda seharusnya tahu bahawa mengikut
undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju,
identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan
majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah
memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.
Justeru, jika benar anda semua
mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima
Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN.
Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan
negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan
anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.
No comments:
Post a Comment