Thursday, April 19, 2012

AZMIN GAGAL GERAK JENTERA PILIHAN RAYA, PR SELANGOR BAKAL TUMBANG

 
PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.

Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Rakyat di negeri itu.

Melihat kepada situasi yang hambar di hampir kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor, boleh dikatakan agak sukar parti itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.

Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri, Zuraida Kamarudin di dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah meninggalkan parti itu.

Ini berikutan kelemahan kepimpinan Azmin dan kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan seteru politiknya yang juga Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

Persengketaan di antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli parti.

Abdul Khalid merasa kuasa beliau telah dipinggirkan apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyingkir beliau untuk digantikkan dengan kroni dan orang kuatnya, Azmin sejak dua tahun lalu.

Akibat daripada tindakan Anwar tersebut Abdul Khalid dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering bertelagah.

Sebagai membalas dendam terhadap dasar politik kotor Anwar yang mengamalkan dasar pecah dan perintah, Abdul Khalid mensabotaj kebanyakan daripada program PKR di Selangor dengan menyekat dana dan bantuan kewangan melalui saluran kerajaan negeri.

Azmin pula bersikap pilih bulu dengan hanya mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh kroni-kroninya sahaja. 

Aktiviti dan program PKR hanya ditumpukan di beberapa kawasan seperti Batu Caves, Gombak dan Seri Muda sahaja manakala kawasan-kawasan lain diabaikan.

Faktor inilah yang menyebabkan ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Bagi mereka PKR telah menipu mereka dengan propaganda imej sebagai 'parti harapan baru' tetapi hakikatnya hanya pemimpin atasan sahaja ang mengaut segala keuntungan dan menikmati hidup yang mewah atas pengorbanan ahli-ahli peringkat bawahan.

Program-program PKR tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu.

Jika dahulu ceramah-ceramah anjuran PKR di Selangor yang dihadiri Anwar mampu menarik lebih 5,000 hadirin tetapi sekarang hendak mencapai jumlah 1,000 ke 2,000 pun amat sukar.

Itu pun disebabkan kehadiran beberapa tokoh popular PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk mendapat jumlah pendengar yang lebih besar.

Jika di tolak faktor penceramah dari PAS, PKR berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.

Kemelut yang melanda PKR Selangor dijangka akan bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana Azmin hanya menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUNnya sahaja termasuk beberapa kawasan kroninya.

Kawasan lain termasuk Ijok, kawasan DUN Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri menggerakkan jentera pilihan raya.

Melihat kepada kelemahan ketara dan faktor penerimaan rakyat Selangor yang semakin melonjak terhadap barisan Nasional, secara keseluruhannya PRU-13 nanti bakal menjadi badai yang akan menenggelamkan kapal Pakatan Rakyat.

Penduduk Kg Kerinchi Serang 'Gelandangan PTPTN'

 
BERLAWANAN dengan sangkaan banyak pihak, ‘serangan’ awal pagi yang ditujukan kepada sekumpulan pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi tadi bukanlah disebabkan oleh penyokong mana-mana parti politik.

Sebaliknya berdasarkan maklumat yang penulis terima, ia dilakukan oleh sekumpulan ‘penduduk Flat Kg Kerinchi’ yang tidak berpuas hati dengan Adam Adli kerana campur tangan dalam proses pemindahan penduduk di kawasan mereka tempoh hari.

Tindakan Adam Adli yang cuba menjadi hero dalam kejadian pada 2hb April 2012 itu telah menyebabkan projek pembangunan Flat tersebut yang sudah semakin uzur itu, tertangguh hingga kini dan menyusahkan majoriti penduduk disitu.  Dalam kejadian tersebut Adam Adli mendakwa ditumbuk dan mendapat kecederaan kecil sebelum diselamatkan oleh pihak polis.

Rasa tidak puas hati itulah yang membawa kepada kejadian awal pagi tadi yang hampir menyebabkan ketegangan antara dua pihak berlawanan atau dalam bahas Inggerisnya di panggll ‘unfinished business’.

Tapi itu tidak bermakna penulis menyokong perbuatan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh mana-mana pihak terbabit.  Cuma, kita perlu menjelaskan disini sebelum ada yang menuduh UMNO atau polis menjadi dalang di sebalik serangan tersebut.

Kita faham sangat dengan modus operandi pembangkang atau mana-mana pihak yang dinaunginya.  Adalah biasa bagi mereka meletakkan kesalahan kepada UMNO dan kerajaan setiap kali sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas mereka.  Walaupun hakikatnya masalah itu adalah disebabkan oleh mereka sendiri.

Itupun, dalam sidang media yang diadakan oleh kumpulan ini di Dataran Merdeka sebentar tadi, mereka sempat menuduh polis menzalimi mereka kerana tidak datang membantu dalam serangan awal pagi tadi.  Walhal pihak polis memang ada di tempat kejadian tapi menghadapi kesulitan untuk meleraikan pergaduhan tersebut akibat dari jumlah yang terlibat agak ramai.

Rasa penulis, kerajaan dan polis pun tidak berminat untuk masuk campur dalam soal budak-budak yang semakin kehilangan arah ini.  Arah ‘perjuangan’ mereka itupun semakin huru hara.  Dari matlamat asal untuk memperjuangkan pemansuhan PTPTN, bertukar dan bercampur baur dengan pelbagai isu lain yang tidak berkaitan.

Takkanlah polis nak membazirkan sumber dan tenaga untuk memastikan keselamatan budak-budak yang mencari masalah sendiri ini.  Di luar sana ada lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan dari pihak polis.  Tidak ada siapa yang memaksa mereka mendedahkan diri kepada bahaya seperti itu, itu adalah pilihan masing-masing.

Benarlah kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, siapa suruh cari masalah?

Tuesday, April 17, 2012

Penangan Radioaktif ARE: Merungut Dari Syurga


Sekali lagi Sin Chew Jit Poh dan Guong Ming Daily menyiarkan iklan mengenai ‘mangsa’ radioaktif kilang Asian Rare Earth (ARE).  Iklan satu muka penuh tersebut disiarkan masing-masing di muka 18 dan 7 yang pastinya berjumlah lebih RM100,000 lagi, bertujuan merayu sumbangan RM10 dari kaum Cina bagi menentang operasi Lynas di mahkamah. 

‘Mangsa’ tersebut, Cheah Kok Leong yang dilahirkan terencat akal dan cacat fizikal telah pun meninggal dunia hampir tiga minggu lepas.  Namun, mendiang kini tidak tenang dan masih berdendam kerana tidak dapat membuktikan bahawa bekas kilang tempat ibunya bekerja, iaitu ARE adalah punca kecacatannya dan mungkin juga kematiannya. 

Dan kini, seperti yang dipaparkan oleh iklan satu muka tersebut, mendiang sedang merungut kerana telah mati!  (Complaints from heaven:  I don’t want to die yet!!)  Hebat sekali penangan radioaktif ARE sehingga walaupun sudah mati, masih lagi boleh berhubung dengan kita semua. 

Sudah menjadi sikap pihak anti kerajaan untuk merungut mengenai segala-galanya.  Kerana itu, walaupun berada di syurga, mereka masih lagi merungut. 

Mungkin juga syurganya tidak begitu selesa kerana mendiang adalah dari jenis tak reti bersyukur.  Mana tidaknya, sepatutnya orang yang sudah sampai ke syurga tidak ada penyesalan, tetapi mendiang masih ingin terus hidup di dunia walaupun dalam kecacatan.  Justeru, mendiang telah ditempatkan di syurga paling lekeh - agaknya. 

Sepatutnya, sebelum pihak Jawatankuasa Selamatkan Malaysia (Save Malaysia Committee (SMC)) bercakap mengenai Lynas dan mempermainkan mendiang Kok Leong, mereka harus terlebih dahulu membuktikan bahawa Kok Leong cacat dan akhirnya meninggal dunia disebabkan oleh pendedahan radioaktif dari kilang ARE.  

Oleh itu, jika benar SMC adalah sekumpulan manusia yang ikhlas berjuang, prihatin dan bertanggungjawab, mereka wajib mengusahakan agar satu bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca kecacatan dan kematian Kok Leong sebelum memperalatkan mendiang bagi merayu sumbangan yang sebenarnya mereka tidak perlu pun. 

Adalah tidak mungkin pihak yang mampu mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk menempah ruang iklan dan menggerakan demonstrasi besar-besaran, tidak mampu menanggung kos perundangan.

Kini, Kok Leong telah pun berada di syurga dan apa yang tinggal hanyalah rekod mahkamah iaitu “tiada bukti kilang ARE menjadi punca kecacatan Kok Leong”. 

Walaupun isu ini bukanlah isu Kok Leong atau ARE, tetapi demi mencapai tujuan mereka, pihak SMC telah mempergunakan Kok Leong sehingga mendiang menjadi tidak tenang di syurga. 

Tindakan SMC ini tiada bezanya dengan tindakan DAP mempergunakan mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik bagi mengalihkan pandangan ramai dari siasatan korupsi pemimpin mereka. 

Hakikatnya, kilang Lynas telah dibuktikan sebagai selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kita boleh menilainya sendiri melalui bukti-bukti saintifik yang dikemukakan. 

Oleh itu, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki bahawa pihak ini, jika tidak bertujuan memberi publisiti kepada pembangkang terutamanya DAP, maka kemungkinan besar mereka sebenarnya ditugaskan untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi di Malaysia dengan apa cara sekalipun agar monopoli nadir bumi negara China tidak terjejas

Undi PAS Dapat DAP

Apabila Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, pembangkang-pembangkang di Malaysia bagai mendapat nafas baru. Anwar yang dahulunya digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal Singh sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia paling suci sebaik saja dipecat oleh UMNO kerana terlalu kotor. Sehubungan dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang amat bertentangan ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan khas untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL). Ketiga-tiga parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menyatakan kerjasama secara rasmi. Bagaimanapun, PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa mengalami pasang surut serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama mereka. Pada 21 September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis dengan PAS mengenai penubuhan Negara Islam. Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara berasingan dan mencabar sesama sendiri. Pada PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan menyaksikan mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Mereka kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS akhirnya mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan Islam. Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi. Dan hari ini, walaupun lebihi 10 tahun berlalu, ketiga-tiga parti mereka kekal berdiri secara berasingan walaupun mengaku berada dalam satu pakatan. Selama itu juga, entah beberapa kali PAS tersinggung dengan DAP dan begitu juga sebaliknya apabila hukum-hakam agama Islam dijadikan isu politik. DAP terkenal dengan ketegasan dalam menyatakan pendirian dan mereka tidak akan berundur walau setapak atas alasan apa sekali pun. DAP sanggup mati, sanggup keluar pakatan dan sanggup menentang sesiapa saja, termasuk rakan sekutu sendiri demi mempertahankan prinsip dan perjuangan mereka yang menentang penubuhan Negara Islam. Dalam beberapa insiden, DAP secara biadap menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati adat dan agama Melayu Islam sebagai menyatakan pendirian mereka. Satu ketika, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak DAP enggan memakai pakaian adat atas alasan ia membawa imej Melayu Islam. Perjuangan DAP amatlah jelas iaitu ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu, dan Institusi Raja-raja di samping merombak sejarah bagi melenyapkan jejak-jejak warisan penduduk asal negara ini dan menggantikan hak warisan tersebut kepada bangsa Cina. Selaras dengan itu, DAP giat memperjuangkan bahasa dan budaya yang bertonggakkan negara asal nenek moyang mereka, melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyamar atas nama pendidikan dan sebagainya, antaranya, Dong Zong. Dan DAP tidak pernah berdolak dalih secara langsung mengenai perjuangan dan pendirian mereka ini. Namun, yang mengambil ‘tugas’ berdolak-dalih bagi pihak DAP, adalah PAS. Walaupun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan ketegasan DAP. PAS tidak sanggup mati, tidak sanggup keluar pakatan, tidak sanggup menyinggung dan melawan DAP atas nama undi. Malah, PAS sanggup memecat pemimpin sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Dato’ Dr. Hasan Ali atas nama kesepakatan dengan DAP dan PKR. PAS sanggup melupakan Negara Islam, hudud dan mempertaruhkan kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah. Hari ini, bukan pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka menyokong PAS, bukan DAP, bagi menjustifikasikan pendirian mereka. Kenapa mereka perlu membuat justifikasi begitu? Kerana, jauh di sudut hati mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat bertentangan dengan Islam. Sukar bagi mereka menerima hakikat bahawa PAS hanyalah pak turut, balaci atau barua DAP. PAS selamanya hanya menurut perintah, mengorbankan diri dan masa depan demi PR dengan menjadi tenaga demonstrasi mahupun petualang bangsa dan pengkhianat negara. Demonstrasi Bersih, Lynas, 901, PTPTN dan sebagainya semuanya bertujuan merosakkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara dan PAS lah penyumbang tenaga terbesar untuk tujuan ini. Hakikatnya penyokong PAS tahu bahawa mengundi PAS samalah dengan mengundi DAP. Satu undi untuk PAS akan membantu meletakkan PR di singgahsana Putrajaya. Dan dengan PAS sebagai barua dan PKR sebagai alat, maka DAPlah yang akan sebenarnya berkuasa jika PR ditakdirkan menang pilihanraya. Apabila ini terjadi, pastinya DAP akan melaksanakan agenda Malaysian-Malaysianya dengan mudah sementara PAS hanya mampu terkebil-kebil melihat akibat dari kebebalan sendiri. Pada ketika itu nanti, air mata darah juga belum tentu akan membawa kembali Raja-raja kita ke atas takhta, belum tentu tanah-tanah kita kekal di tangan kita, belum tentu anak-anak kita akan mendapat peluang yang adil untuk belajar, peniaga-peniaga kita akan diberi ruang yang cukup untuk bersaing, agama kita akan tetap kekal sebagai agama rasmi atau azan akan kekal berkumandang setiap pagi. Jika ada puak-puak PAS yang masih menganggap artikel ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka, maka eloklah mereka belajar berfikir dan berfikir berkali-kali berdasarkan apa yang berlaku hari ini. DAP menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan, hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya….

Monday, April 16, 2012

Bahayanya LYNAS......


Sin Chew Daily baru-baru ini menyiarkan iklan di muka surat 8, dan Guong Ming Daily di muka surat 9 dengan memaparkan seorang ibu, Lai Kwan mencium anaknya 30 tahun, Cheah Kok Leong dengan kata-kata ‘Saya belum mahu mati!’. Kok Leong yang menderita kecacatan fizikal serta perkembangan mental terbantut baru saja meninggal dunia 18 hari yang lalu. Mendiang telah dilahirkan di Perak di mana ibunya pernah bekerja di kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.

Berikutan dengan itu, Jawatankuasa Selamatkan Malaysia memohon sumbangan RM10 bagi membiayai kos undang-undang bagi menghentikan projek nadir bumi oleh kilang Lynas yang dikatakan menyamai ARE. Semua sumbangan akan dimasukkan ke Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan.

Persoalannya di sini, dari manakah datangnya dana untuk menempah ruang iklan di akhbar utama bahasa Cina seperti Sin Chew dan Guong Ming yang secara kasarnya akan memakan kos berjumlah RM100,000? Persoalan keduanya ialah jika pihak berkenaan mampu menempah ruang untuk tujuan memburukkan Lynas, tentulah mereka juga mampu membiayai kos untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lynas. Justeru, kenapa perlu dirayu sumbangan orang ramai?

Jelas di sini bahawa tujuan laporan dan iklan tersebut ialah tidak lain tidak bukan hanyalah untuk bermain politik dan meraih publisiti melalui rayuan sumbangan semata-mata, kerana hakikatnya, wang bukanlah masalah langsung bagi mereka.

Selain iklan di dalam akhbar, pihak yang membantah Lynas juga dilihat mempunyai dana yang cukup banyak untuk menggerakkan demonstrasi, mengedar T.Shirt, risalah, poster, banner dan sebagainya. Ini belum lagi diambil kos logistik untuk siri-siri demonstrasi yang diadakan.

Mengimbas kembali kronologi kes kilang ARE di Bukit Merah, kita akan mendapati bahawa ARE tidak boleh diambil sebagai contoh perbandingan dengan Lynas kerana Lynas hanyalah sebuah kilang pemrosesan kimia biasa. Kilang yang sama seperti Lynas telah lama beroperasi di China yang mendominasi bekalan nadir bumi dunia sebanyak 97%, dan juga Australia, Amerika dan beberapa negara lagi.

Selain itu, siasatan terhadap kilang ARE di Bukit Merah juga memperlihatkan beberapa kecuaian atau lepas pandang dalam menangani sisa buangan toksik. Bagaimanapun, sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992, Lai Kwan atau pihak pendakwa gagal membuktikan secara saintifik bahawa kecacatan yang menimpa anaknya, Kok Leong berpunca dari kilang ARE.

Lebih meragukan lagi ialah tiada orang lain selain Kok Leong yang didakwa mengalami kecacatan akibat dari ARE.

Namun, itu bukan soalnya kerana kilang Lynas dan kilang ARE adalah berbeza sama sekali. ARE menggunaka monazite sebagai bahan mentah sementara Lynas tidak menggunakan monazite. Radioaktif yang dikeluarkan oleh Lynas adalah 60 kali kurang dari ARE dan 500 kali (0.002mSv setahun) kurang dari had yang dibenarkan oleh AELB (1mSv setahun).

Kesemua bukti-bukti saintifik ini menunjukkan bahawa Lynas adalah selamat dan sebaliknya kesemua tindakan yang diambil oleh pihak penentang Lynas menunjukkan yang mereka mempunyai agenda tersembunyi.

Lynas adalah pemangkin ekonomi negara di masa depan, sekali gus bakal pencabar terbesar negara China dari segi pengeluaran nadir bumi. Justeru, menghalang operasi Lynas samalah dengan mengsabotaj ekonomi negara sendiri.

Kewujudan dana yang besar serta usaha yang berterusan serta bersungguh-sungguh dari pihak penentang, terutamanya kaum Cina dengan disokong dan didokong hebat oleh akhbar-akhbar Cina menambahkan syak wasangka kita terhadap mereka

Walau apapun agenda mereka, tindakan parti-parti politik pembangkang yang menangguk di air keruh dalam isu ini telah mengukuhkan lagi imej pembangkang sebagai pengkhianat kepada negara sendiri.
1 Attached file| 111KB

Friday, April 13, 2012

Hanya 200 Orang Dijangka Hadir Demo PTPTN



Demonstrasi anti PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Sabtu ini dijangka hanya dihadiri sekitar 200 orang sahaja selepas ramai kalangan pelajar universiti berbelah bagi dan hilang minat membicarakan isu tersebut.

Kebanyakkan mahasiswa dilaporkan semakin tawar hati dan melihat janji-janji Anwar dalam isu pemansuhan PTPTN hanyalah satu propaganda bersifat politiking semata-mata untuk kepentingan Anwar serta barisan pembangkang dan bukannya bermaksud mahu membantu mahasiswa.

Situasi tersebut dipercayai wujud selepas masing-masing telah mengetahui penglibatan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pendukung utama yang meluluskan penubuhan PTPTN lewat tahun 90-an dulu.

Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan SMM menyebut, beberapa langkah awal telahpun disegerakan untuk mengelakkan demoinstrasi tersebut gagal sama sekali.

Menurutnya, Adam Adli dan Safwan Anang telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin pembangkang yang rapat dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan strategi saat akhir untuk mobilise semaksima mungkin mahasiswa untuk turun ke jalanraya.

Antara langkah yang telah dipersetujui dan sedang digerakkan ialah menambah dana peruntukan kewangan untuk menampung kos upah pendemo yang dinaikan dua kali ganda bertujuan menarik minat lebih ramai mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut.

Selain itu SMM juga telah meminta bantuan unit foto Harakahdaily dan Malaysiakini supaya menghantar seorang jurufoto terbaik mereka bagi merakamkan foto close-up semasa demonstrasi untuk memberi gambaran kepada umum yang demonstrasi tersebut berjaya dan mendapat sambutan hangat.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menafikan berita awal sebelum ini yang menyebut penglibatan mereka yang dikatakan menyokong demonstrasi anti-PTPTN anjuran SMM sebaliknya menyeru supaya mahasiswa menggunakan kewarasan akal fikiran dalam menilai setiap isu berbangkit.

Wednesday, April 11, 2012

Adam Adli: Bila Anak Ketam Mengajar Berjalan



Mungkin masih ramai yang tidak kenal Adam Adli, seorang anak muda yang bercita-cita tinggi untuk menjadi ‘superhero’ penyelamat rakan-rakannya di universiti dari ‘didera’ oleh AUKU. Perjuangan Adam Adli berupa siri-siri demonstrasi di mana perbuatan seperti menurunkan banner pemimpin negara serta melalak-dan melolong dijadikan senjata bagi menunjukkan ‘kebijaksanaan’ para pelajar.

Walaupun Adam Adli adalah bakal guru kerana menuntut di UPSI, beliau bukannya berjuang menuntut peruntukan untuk membuat kajian tentang teknik-teknik mengajar atau memahami psikologi kanak-kanak bagi membantu UPSI melahirkan guru-guru cemerlang di masa depan. Ini kerana, Adam Adli tidak berminat dengan masa depan, beliau lebih berminat dengan masa kini, menikmati ‘populariti’ sepertimana yang diimpikan oleh mana-mana anak muda jalanan yang tiada arah tujuan.

Masa depan Adam Adli sebagai guru juga masih belum tentu kerana beliau kini digantung dari belajar kerana terlalu asyik berjuang demi masa kini. Dan hari ini, Adam Adli terus tegar menyambung perjuangannya untuk berdemonstrasi menentang PTPTN pula pada hari Sabtu nanti.

Kita pernah mendengar pepatah ‘bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus’ iaitu seorang yang ingin mengajar orang lain sedangkan diri sendiri tidak betul. Tetapi, apa akan jadi jika seekor anak ketam yang belum lagi pandai berjalan dengan kaki yang masih lembik ingin mengajar bapanya berjalan, iaitu sepertimana Adam Adli ingin mengajar kerajaan?

Akibatnya, akan terpaksalah kerajaan mencari dana RM43billion untuk menanggung kos akibat penghapusan PTPTN. Jika tidak, beberapa IPTS mungkin terpaksa ditutup kerana kekurangan pelajar di mana akan membawa kepada peningkatan mendadak masalah pengangguran. Inilah yang bakal berlaku jika tuntutan Adam Adli dilaksanakan.

Sebenarnya, matlamat Adam Adli mudah sahaja iaitu, jika pembelajaran adalah percuma sepenuhnya, maka rakan-rakan seperjuangannya di universiti-universiti seluruh Malaysia tidak akan merasa terdesak untuk belajar bersungguh-sungguh demi mendapat pekerjaan yang baik untuk membayar balik hutang PTPTN. Sama ada tuntutannya masuk akal dan praktikal, tidak pula terjangkau oleh otaknya.

Yang mampu difikirkan oleh otaknya ialah jika PTPTN dihapuskan, bolehlah pelajar-pelajar seperti dirinya menghabiskan masa berdemonstrasi, melalak dan melolong ke sana ke mari tanpa perlu risaukan apa-apa.

Jika dibaca blog Lim Kit Siang akhir-akhir ini, kita melihat beliau memaparkan beberapa artikel terutamanya dari Aspan Alias dan Mariam Mokhtar yang secara sinis dan tidak langsung merujuk kepada Melayu-melayu yang tidak menyokong Pakatan Rakyat atau lebih tepat Melayu UMNO sebagai bodoh dan ketinggalan. Alasan mereka, Melayu UMNO terlalu menjaga ketuanan, rasis, jumud dan bersifat paranoid terutama apabila melibatkan agama dan bangsa.

Mungkin, di mata Aspan Alias dan Mariam Mokhtar, Melayu seperti Adam Adli yang menyokong Pakatan Rakyat adalah simbol anak Melayu yang bijak, cerdik dan pandai, seperti juga mereka berdua.

Ciri-ciri Melayu bijak mengikut standard Pakatan Rakyat ialah mereka mestilah mudah ditunggang oleh pihak dan kaum lain, mesti terbuka menerima hak asasi manusia mengatasi batas-batas agama, mesti menerima sikap rasis kaum Cina yang enggan membuka peluang untuk bersaing sama rata di dalam sektor swasta dan perniagaan kepada kaum Melayu dan menolak untuk mempertahankan hak bangsa sendiri.

Kerana itulah mereka mendewakan Anwar Ibrahim graduan Pengajian Melayu kelas 3 sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kerana beliau menepati semua ciri-ciri ini.

Berdasarkan hakikat ini, Pakatan Rakyat nampaknya berazam untuk melahirkan lebih ramai Melayu ‘bijak’ melalui siri-siri demonstrasi yang didokong ataupun disokong mereka termasuk demonstrasi Bersih dan Lynas yang membabitkan anak-anak Melayu di Universiti.

Pelik sekali kerana ciri-ciri bijak di mata Pakatan Rakyat adalah berbeza mengikut kaum:

Bagi kaum Cina, bijak bermakna mereka menumpukan sepenuh perhatian untuk menjadi pelajar cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik atau membuka perniagaan baru. Mereka juga wajib menguasai berbagai cabang ilmu, menjadi doktor, jurutera, saintis dan sebagainya. Di masa yang sama, mereka wajib terus berjuang demi memastikan kaum Cina terus mendominasi dan memonopoli ekonomi Malaysia serta memartabatkan budaya dan bahasa nenek moyang mereka.

Sedangkan bijak bagi kaum Melayu pula bermakna bersikap seratus peratus sebaliknya dengan mencontohi pemikiran dan perlakuan Anwar Ibrahim, Adam Adli, Mat Sabu, Hadi Awang, Nik Aziz, Mahfuz Omar, Aspan Alias dan Mariam Mokhtar. Kenapa dwi-standard pula?