BERLAWANAN dengan sangkaan banyak pihak,
‘serangan’ awal pagi yang ditujukan kepada sekumpulan pelajar yang
berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi tadi bukanlah disebabkan oleh
penyokong mana-mana parti politik.
Sebaliknya berdasarkan maklumat yang penulis terima,
ia dilakukan oleh sekumpulan ‘penduduk Flat Kg Kerinchi’ yang tidak
berpuas hati dengan Adam Adli kerana campur tangan dalam proses
pemindahan penduduk di kawasan mereka tempoh hari.
Tindakan Adam Adli yang cuba menjadi hero dalam
kejadian pada 2hb April 2012 itu telah menyebabkan projek pembangunan
Flat tersebut yang sudah semakin uzur itu, tertangguh hingga kini dan
menyusahkan majoriti penduduk disitu. Dalam kejadian tersebut Adam Adli
mendakwa ditumbuk dan mendapat kecederaan kecil sebelum diselamatkan
oleh pihak polis.
Rasa tidak puas hati itulah yang membawa kepada
kejadian awal pagi tadi yang hampir menyebabkan ketegangan antara dua
pihak berlawanan atau dalam bahas Inggerisnya di panggll ‘unfinished
business’.
Tapi itu tidak bermakna penulis menyokong perbuatan
melanggar undang-undang yang dilakukan oleh mana-mana pihak terbabit.
Cuma, kita perlu menjelaskan disini sebelum ada yang menuduh UMNO atau
polis menjadi dalang di sebalik serangan tersebut.
Kita faham sangat dengan modus operandi pembangkang
atau mana-mana pihak yang dinaunginya. Adalah biasa bagi mereka
meletakkan kesalahan kepada UMNO dan kerajaan setiap kali sesuatu yang
tidak diingini berlaku ke atas mereka. Walaupun hakikatnya masalah itu
adalah disebabkan oleh mereka sendiri.
Itupun, dalam sidang media yang diadakan oleh
kumpulan ini di Dataran Merdeka sebentar tadi, mereka sempat menuduh
polis menzalimi mereka kerana tidak datang membantu dalam serangan awal
pagi tadi. Walhal pihak polis memang ada di tempat kejadian tapi
menghadapi kesulitan untuk meleraikan pergaduhan tersebut akibat dari
jumlah yang terlibat agak ramai.
Rasa penulis, kerajaan dan polis pun tidak berminat
untuk masuk campur dalam soal budak-budak yang semakin kehilangan arah
ini. Arah ‘perjuangan’ mereka itupun semakin huru hara. Dari matlamat
asal untuk memperjuangkan pemansuhan PTPTN, bertukar dan bercampur baur
dengan pelbagai isu lain yang tidak berkaitan.
Takkanlah polis
nak membazirkan sumber dan tenaga untuk memastikan keselamatan
budak-budak yang mencari masalah sendiri ini. Di luar sana ada lebih
ramai rakyat yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan dari pihak polis.
Tidak ada siapa yang memaksa mereka mendedahkan diri kepada bahaya
seperti itu, itu adalah pilihan masing-masing.
Benarlah kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, siapa suruh cari masalah?
No comments:
Post a Comment