PKR Selangor di bawah pimpinan
Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan
boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.
Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku bos PKR
di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk
mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Rakyat di negeri
itu.
Melihat kepada situasi yang hambar di hampir kesemua
cabang dan ranting PKR di Selangor, boleh dikatakan agak sukar parti
itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua
memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.
Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin daripada
luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri, Zuraida Kamarudin di
dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah
meninggalkan parti itu.
Ini berikutan kelemahan kepimpinan Azmin dan
kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan seteru
politiknya yang juga Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.
Persengketaan di antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli parti.
Abdul Khalid merasa kuasa beliau telah dipinggirkan
apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyingkir beliau untuk digantikkan
dengan kroni dan orang kuatnya, Azmin sejak dua tahun lalu.
Akibat daripada tindakan Anwar tersebut Abdul Khalid dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering bertelagah.
Sebagai
membalas dendam terhadap dasar politik kotor Anwar yang mengamalkan
dasar pecah dan perintah, Abdul Khalid mensabotaj kebanyakan daripada
program PKR di Selangor dengan menyekat dana dan bantuan kewangan
melalui saluran kerajaan negeri.
Azmin pula bersikap pilih bulu dengan hanya mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh kroni-kroninya sahaja.
Aktiviti
dan program PKR hanya ditumpukan di beberapa kawasan seperti Batu
Caves, Gombak dan Seri Muda sahaja manakala kawasan-kawasan lain
diabaikan.
Faktor inilah yang menyebabkan ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.
Bagi
mereka PKR telah menipu mereka dengan propaganda imej sebagai 'parti
harapan baru' tetapi hakikatnya hanya pemimpin atasan sahaja ang mengaut
segala keuntungan dan menikmati hidup yang mewah atas pengorbanan
ahli-ahli peringkat bawahan.
Program-program PKR tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu.
Jika
dahulu ceramah-ceramah anjuran PKR di Selangor yang dihadiri Anwar
mampu menarik lebih 5,000 hadirin tetapi sekarang hendak mencapai jumlah
1,000 ke 2,000 pun amat sukar.
Itu pun disebabkan kehadiran beberapa tokoh popular
PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk mendapat jumlah pendengar yang
lebih besar.
Jika di tolak faktor penceramah dari PAS, PKR berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.
Kemelut yang melanda PKR Selangor dijangka akan
bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana Azmin hanya
menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUNnya sahaja termasuk
beberapa kawasan kroninya.
Kawasan lain termasuk Ijok, kawasan DUN Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri menggerakkan jentera pilihan raya.
Melihat
kepada kelemahan ketara dan faktor penerimaan rakyat Selangor yang
semakin melonjak terhadap barisan Nasional, secara keseluruhannya PRU-13
nanti bakal menjadi badai yang akan menenggelamkan kapal Pakatan
Rakyat.
No comments:
Post a Comment