Sunday, April 8, 2012

BN sedia 'bertempur' di alam siber



Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) di alam siber kini bersiap sedia berdepan taktik pembangkang yang dijangka menjadikan media baru sebagai medium melemparkan tohmahan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, BN tidak mahu terikut-ikut dengan strategi pembangkang menabur fitnah sebaliknya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa dengan menggunakan kebenaran fakta.

''Pembangkang sudah tidak ada cara lain, mereka sedang tercari-cari isu dan bila tiada, mereka akan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dalam ceramah dan alam siber dengan harapan pemimpin berkenaan tidak akan turun padang.

''Sebab itu, jentera kita melalui media-media baru perlu bersiap sedia menangkis segala tohmahan dan fitnah dengan memberi penjelasan dan maklumat serta fakta kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas program anak angkat Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampung Sungai Dulang.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

1 comment:

  1. Bodoh lah awak....Orang dah prgi perang dan serang...ni baru bersiap nak bertempur....memang bangang tahap gaban...orang semua secara sukarela..lu orang ketinggalan bot!!!!

    ReplyDelete